Neelofa ramal juara AJL39 milik Nadeera - Utusan Malaysia

Neelofa ramal juara AJL39 milik Nadeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan terkemuka tanah air, Noor Neelofa meramalkan lagu nyanyian Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita bakal diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Menerusi ciapan di laman X, Neelofa menyatakan pilihan peribadinya dengan memetik tiga nama finalis yang bakal merangkul tempat tiga teratas AJL39.

Tidak cuma itu, isteri kepada pelakon dan penceramah bebas, PU Riz ini juga meramalkan penyanyi, Marsha Milan bakal membawa pulang gelaran naib juara menerusi lagu Hening Rindu manakala Hael Husaini mungkin berada di kedudukan ketiga menerusi lagu Diam.

“Tiga pilihan saya untuk AJL39 ialah Nadeera menerusi lagu Bukan Lagi Kita, Marsha (Hening Rindu) dan
Hael (Diam),”tulisnya.

Sebelum ini, saban tahun, Neelofa tidak ketinggalan menyertai kerancakan netizen dan peminat artis tanah air dalam membuat ramalan pemenang AJL.

Malah, kebanyakan warganet juga mengikut rapat ramalan Neelofa kerana pada kebiasaannya, jangkaan bekas pengacara program Meletop itu disifatkan tepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya