Baru-baru ini Cik Bunga dapat tahu mengenai kisah seorang selebriti berimej muslimah yang didakwa menjadi orang ketiga atau bahasa kasarnya penyondol suami orang.
Tak usah marahlah kalau kita tulis dia berimej muslimah sebab Cik Bunga difahamkan, memang perwatakan selebriti atau artis terbabit begitu.
Cara bagaimana dia digambarkan adalah sebagai seorang wanita bertudung labuh, bercakap pun sopan santun serta sentiasa membawa imej islamik termasuklah ketika dia sedang berkata-kata.
Adakala tak faham juga dengan warganet ini. Dimarahnya kita tulis muslimah kerana kononnya memalukan. Habis itu, dah memang selebriti berimej itu yang buat perangai tak cantik itu, tak akanlah nak tuduh artis lain pula.
Cik Bunga dengar-dengar pun daripada orang. Tetapi sehingga sekarang keliru artis yang mana satu. Namun apabila ditinjau-tinjau di ruangan media sosial, ada yang sebut kononnya selebriti wanita itu adalah pelakon dan pengacara, Irma Hasmie.
Iyalah, dia pula sudah bergelar ibu tunggal, single. Perwatakan yang digambarkan itu dakwa netizen seolah-olah macam dia.
Irma pun jenis cakap lemah-lembut dan muslimah perwatakannya. Tapi, tetap Cik Bunga rasa tak mungkin dia. Kalau hal ini tidak benar, harap sangat Irma tampil beri penjelasan supaya dapat membersihkan namanya.
Namun, pada masa yang sama, ada juga yang meneka individu itu ialah Nora Danish. Yang ini lagilah Cik Bunga rasa macam tak logik.
Setahu Cik Bunga, Nora bukan jenis yang begitu. Sondol laki orang? Memang bukan cara Nora, malah melawan prinsip dirinya.
Habis itu, siapa sebenarnya selebriti wanita itu? Kononnya dia juga telah menjadi punca rumah tangga seorang individu musnah.
Tak cuma itu, dia juga ada skandal dengan seorang lagi lelaki lain yang juga suami orang pada masa yang sama.
Fuh, dahsyat benar penangan wanita ini. Agaknya memang lawa benarlah rupa parasnya, keayuannya ya sampaikan suami orang tangkap lentok dengan cinta mainannya.
Tapi itulah, si artis ini berani benar ya buat perangai begitu. Dia yakinkah suatu hari rahsianya ini tidak akan terbocor? Sampai bila hendak menipu orang ramai dengan perwatakan ala-ala wanita syurgawi itu?
Iyalah, bak kata orang, kalau sudah namanya bangkai, lama-kelamaan baunya akan tercium juga.