Loca B dakwa ibu mentua komplot bersama ipar curi hasil kerja kerasnya dan Tuju - Utusan Malaysia

Loca B dakwa ibu mentua komplot bersama ipar curi hasil kerja kerasnya dan Tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi hip hop tanah air, Loca B, mendakwa ibu mentuanya, Marni, adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dalam keluarganya.

Loca atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 33 mendedahkan, dia mengalami masalah dalam keluarga mentua ini sejak tiga tahun lalu.

Antara dakwaan Loca adalah ibu mentuanya menggelar dirinya gila serta mempergunakannya untuk mendapatkan sesuatu.

“Lain kali kalau nak mesej keluarga saya, ingat untuk minta maaf dahulu dan mengaku kesalahan. Barulah kita boleh berdamai.

“Jangan beritahu mama saya yang saya gila. Dia memang dah lama tahu saya ni gila,” katanya menerusi Instagram.

Selain itu, penyanyi lagu Lima Minit dan Gundah Gulana itu turut mendakwa ibu mentuanya sanggup berkomplot untuk mencuri duit hasil kerja kerasnya bersama suami.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa ibu mentuanya sanggup menipu atas nama Tuhan.

Bukan itu sahaja, Loca juga mendakwa ibu mentuanya itu sering tidak senang hati setiap kali dia berbelanja, meskipun untuk keperluan anaknya sendiri.

Namun, isteri kepada Tuju K-Clique menegaskan dia masih waras dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang tua, walaupun dirinya pernah dipanggil bodoh.

“Kamu yang berkomplot bersama ipar kamu untuk curi duit hasil kerja keras saya dan anak kamu sendiri.

“Ini duit Hani kan, bukan duit Along. Sebab kamu takut anak kamu, tapi kamu berani pergunakan saya.

“Kamu tak dapat tembus anak kamu, jadi kamu gunakan saya untuk dapatkan persetujuan dia. Saya pun bodoh sebab nak ambil hati mertua,” jelasnya.

Pada masa sama, Loca turut mendedahkan nenek Tuju telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.59 pagi selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) berlangsung baru-baru ini. Namun, berita itu tidak dimaklumkan kepada suaminya.

“Pada hari AJL, nenek suami saya meninggal dunia pukul 2.59 pagi.

“Bila ditanya kenapa tak beritahu anak sendiri, ibu mentua saya berkata, ‘Mami tak contact Along (Tuju) sebab takut diserang’.

“Terus kau buat dia (Tuju) nampak jahat. Pandai. Kamu langsung tak sebut tentang Uwa (nenek Tuju), terus kamu banggakan diri sendiri. Sebenarnya kamu nak apa? Nak popular? Nah, ini masa kau untuk bersinar,” katanya.

Tidak mahu terus ‘dipijak’, Loca B tampil memberi amaran keras dan menegaskan agar ibu mentuanya tidak lagi memuat naik atau menghantar foto anak dan suaminya kepada ahli keluarga lain.

Dia juga memberi bayangan dia bersedia untuk mendedahkan bukti dalam bentuk pesanan WhatsApp jika perkara ini berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya