Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun tak - Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun tak – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie mendakwa, bekas suaminya, Pengiran Ilham Syazwan, gagal melunaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anaknya, Awangki Gabriel Martin Ezra.

Kata Zarina, ia merujuk kepada sikap lelaki tersebut yang tidak memberikan nafkah kepada anak tunggal mereka yang kini sudah mencecah usia 9 tahun.

Perkara itu diluahkan Zarina menerusi satu siaran langsung di Tiktok semasa melayan pertanyaan netizen baru-baru ini.

“Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun tak nak. Zaman sekarang ni banyak bapa dah tak guna,”katanya.

Tegas Zarina, meskipun tidak terlalu mengharapkan nafkah daripada bekas suaminya, tetapi Zarina menganggap tanggungjawab lelaki sebagai seorang bapa kepada anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

“Sebab tu saya tak kisah dia beri nafkah ke tidak, tapi jangan nanti dah tua, dah nazak baru nak cari anak kau,” tegasnya.

Dalam pada itu, Zarina turut menyifatkan bahawa kebanyakan lelaki yang menggalas tugas sebagai bapa pada masa kini gagal melakukan tanggungjawab dengan baik.

“Zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang mana banyak bapa lebih bertanggungjawab. Tak payahlah nak mengharapkan nafkah. Masa saya kecil dulu, mak ayah saya bercerai tapi tetap bayar nafkah,”katanya.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Zarina yang mana golongan lelaki seharusnya memikul tanggungjawab terhadap anak dengan baik meskipun selepas perceraian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya