Gelaran Datuk terlalu berat untuk saya bawa - Utusan Malaysia

Gelaran Datuk terlalu berat untuk saya bawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Gelaran (Datuk) itu terlalu berat untuk saya bawa.”

Demikian kata penyanyi, Shila Amzah ketika menjelaskan sebab dirinya menolak penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Selain sedar tanggungjawabnya berat, Shila atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Hamzah, 34, mengakui dirinya lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana tanpa sebarang gelaran terhormat.

“Sejujurnya, penghargaan yang kalian tunjukkan kepada saya sudah sangat mencukupi. Sokongan anda sangat menginspirasikan dan sentiasa mendorong saya berbanding jika saya ada gelaran.

“Gelaran ini bukan sesuatu yang mudah untuk digalas. Kalau saya bukan Shila Amzah, saya lebih suka menyendiri.

“Bila kita ada gelaran, kita kena ada cara untuk membawa diri. Malah, saya juga kini sudah tidak terlalu fokus dengan ‘branding’ saya seperti mana ketika muda,” katanya.

Shila berkata demikian ketika ditemui di acara Malam Gala dan Sesi Bertemu Peminat Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Tambah penyanyi lagu Patah Seribu itu, dia juga enggan membuat anak-anaknya berasa terbeban sepanjang membesar sekiranya dia menerima gelaran tersebut.

“Saya juga berfikir panjang. Sebagai contoh, kalau saya nak hantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, nanti orang persoalkan pula.

“Saya tak nak anak-anak saya terbeban dengan gelaran saya. Cukuplah saya membawa nama bapa dahulu sebagai artis. Saya tidak mahu kehidupan seperti itu buat anak-anak saya.

“Saya nak mereka membesar dengan bebas. Saya tak mahu mereka tertekan untuk menjaga empayar atau gelaran ibunya itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Shila memaklumkan dia pernah menolak tawaran penganugerahan darjah kebesaran itu selepas beberapa mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya