Gaji pokok RM300,000, patutkah saya terima tawaran jadi CEO? -Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Gaji pokok RM300,000, patutkah saya terima tawaran jadi CEO? -Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, mendedahkan ada menerima surat tawaran pelantikan bagi mengisi jawatan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) untuk sebuah syarikat.

Tidak mendedahkan nama syarikat tersebut, Aliff bagaimanapun berkongsi mengenai surat tawaran tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.

Menerusi surat tersebut, pelakon filem Badang dan Mat Bond Raya ini mendedahkan gaji yang ditawarkan bagi jawatan tersebut mencecah RM300,000.

Selain itu, tertera di surat berkenaan adalah tarikh mula bekerja untuk jawatan tersebut iaitu pada 15 Februari ini.

“Patutkah saya terima tawaran ini? Nak atau tidak ya? Nanti terkejut pula kakitangan dengan makian saya,”katanya menerusi ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong Aliff dan menyarankannya menerima jawatan berkenaan.

Warga net berpandangan, Aliff mampu mengisi jawatan tersebut dengan kredibiliti yang ada pada bapa kepada enam cahaya mata itu terutama dalam aspek pengurusan syarikat.

Bagaimanapun ada juga kalangan warganet yang menganggap surat tawaran tersebut cuma rekaan kerana Aliff sengaja menjadikan ia sebagai satu bahan kandungan media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya