Dolla, Tobii bergabung hasil Bad Girls Like You - Utusan Malaysia

Dolla, Tobii bergabung hasil Bad Girls Like You

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menjalin kerjasama dengan penyanyi kelahiran Thailand, kumpulan Dolla menyifatkan ia sebagai satu sebagai peluang keemasan untuk mereka memperluaskan
bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Menurut Tabby, 25, mewakili kumpulan, proses rakaman lagu Bad Girls Like You bersama Tobii berjalan lancar sekaligus membuktikan keserasian antara mereka.

“la satu penghormatan bagi kami. Saya rasa pasukan kami dan Tobii bekerjasama dengan baik serta mereka menjemput kami untuk bergabung dalam lagu Bad Girls Like You dalam versi Inggeris.

“Kami sangat bersyukur atas jemputan ini dan sangat teruja menjadi sebahagian daripada lagu ini. Harap ini akan membawa lebih banyak kolaborasi antarabangsa dengan artis lain pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, kolaborasi lagu Bad Girls Like You bukan sekadar peluang Dolla mencuba sesuatu yang baharu tetapi juga memperkukuhkan identiti kumpulan itu.

“Harap dia gembira lihat kami”katanya.

Tidak cuma itu, Tabby turut memuji sikap profesional Tobii sebagai seorang rakan artis yang berbakat dan individu yang sangat baik.

“la adalah pengalaman yang hebat untuk mencuba sesuatu yang baru terutamanya untuk Dolla. Lagu ini sangat sesuai dengan kami.

“Kami bertemu dengan Tobii sebelum ini dan dia seorang yang sangat baik,” ujarnya.

Dolla berharap dapat meluaskan bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, versi asal Bad Girls
Like You oleh Tobii telah mencetuskan
fenomena di TikTok dengan lebih 3.9 juta klip dihasilkan pengguna dan mencapai lebih 54.3
juta tontonan.

Kejayaan ini turut memperkenalkan bunyi
AfroBeats Tobii kepada pendengar global yang membuka ruang lebih besar untuk muzik Asia
Tenggara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya