Charly Van Houten selesai kotakan janji - Utusan Malaysia

Charly Van Houten selesai kotakan janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengotakan janji bagi mengubati kerinduan peminat di negara ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Charly Van Houten, tampil memukau dengan persembahan hebat menerusi penganjuran Konsert Harmony Charly Van Houten di Megastar Arena baru-baru ini.

Dihadiri seramai 3,500 penonton, konsert tersebut turut dimeriahkan artis terkenal yang dibawakan khas dari Indonesia seperti Tegar, Restu, Angga Chandra, Happy Asmara, dan tentunya bintang utama, Setia Band yang diketuai oleh Charly Van Houten.

Menyajikan persembanan bertenaga sepanjang konsert berlangsung, Megastar Arena pada malam itu dimeriahkan dengan nuansa lagu pelbagai genre bermula daripada muzik pop, rock, sehinggalah dangdut, koplo yang menggamatkan suasana seisi dewan.

Konsert bermula dengan kemunculan Tegar, penyanyi muda berbakat yang pernah mencuri perhatian dunia dengan lagu viralnya.


Tegar memulakan persembahan dengan lagu Mengharapkanmu sebelum menyentuh hati ramai menerusi lagu Rindu Ibu sebelum kembali menghangatkan suasana dengan lagu berjudul Aku Yang Dulu.

Selepas Tegar, giliran anak Charly iaitu Restu mengambil alih pentas dengan membawakan dua lagu, Dan Ku dan Lirih.

Malam diteruskan dengan persembahan Angga Chandra, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu pop balada yang menyentuh hati.

Menerusi vokalnya yang bertenaga, Angga membawakan lagu Sampai Tutup Usia, yang menceritakan tentang cinta sejati yang kekal hingga akhir hayat sebelum kemudiannya membawakan lagu berjudul Semua Demi Kamu dan Sekecewa Itu.

Pentas kemudiannya diambil oleh penyanyi genit bersuara lunak, Happy Asmara yang terkenal sebagai antara penyanyi dangdut yang berpotensi besar di negara seberang.

Happy Asmara memulakan persembahannya dengan lagu Ngopi Masse, Terlalu, Nemen, dan lagu fenomena Rungkad, yang membuat penonton tidak duduk diam dan turut berjoget mengikut rentak muzik.

Selesai tugas, Happy Asmara membuka ruang buat bintang utama konsert iaitu Setia Band, yang diketuai oleh Charly.

Penyanyi berusia 43 tahun itu memulakan persembahan dengan lagu berjudul Rasa Yang Tertinggal selain melengkapkan set dengan lagu hits lain seperti Jangan Ngarep, Aku Terjatuh, dan Jangan Pernah Berubah.

Kemuncak malam adalah menerusi persembahan lagu Isabella, sebuah lagu legenda yang dinyanyikan oleh semua artis yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya