Bintang drama Buffy The Vampire Slayer meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bintang drama Buffy The Vampire Slayer meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Bintang terkenal drama Buffy the Vampire Slayer’s dan Gossip Girl, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Memetik BBC, Polis Manhattan dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada pagi Rabu menemui Trachtenberg tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dengan berat hati kami mengesahkan Michelle Trachtenberg telah meninggal dunia. Kami meminta ruang dan privasi diberikan kepada mereka buat masa ini,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu pihak berkuasa tempatan, New York City Police Department (NYPD) mendakwa tiada unsur jenayah terhadap kematian Trachtenberg.

“Tiada unsur jenayah dan laporan kematian masih dalam siasatan,” ujar kenyataan itu lagi.

Selain itu, rakan mendiang, Blake Lively turut menzahirkan rasa simpatinya terhadap pemergian Tranchtenberg.

“Trachtenberg seorang manusia yang sangat baik. Dia seorang rakan yang tiada galang ganti. Semoga dia tenang di sana,” tulis Lively menerusi Instagram.

Mendiang Trachtenberg mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1990-an dan 2000 sebelum meneruskan karier terlibat dalam beberapa karya termasuklah Buffy the Vampire Slayer’s dan Gossip Girl.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya