Bayaran RM100,000 bukan satu jenaka - Cik Epal - Utusan Malaysia

Bayaran RM100,000 bukan satu jenaka – Cik Epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh media sosial, Cik Epal mengakui harga sebanyak RM100,000 yang ditetapkan bagi jumlah bayaran untuknya melakukan kerja-kerja ulasan atau rebiu produk di media sosial bukan satu perkara main-main atau jenaka.

Menurut Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, harga itu dianggap bersesuaian buat mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya bagi tujuan rebiu produk.

“Saya rasa harga itu bersesuaian dengan hasil kerja yang akan saya berikan. Kalau ada yang mahu bayar, saya akan buat dengan sehabis baik.

“Sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka pasti tahu saya akan ‘all out’. Insya-Allah pihak yang nak bekerjasama itu akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.

“Saya bukan artis atau selebriti, tapi sebenarnya ahli perniagaan. Jadi, saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan harga tetap boleh bincang,”katanya.

Cik Epal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama duta-duta Jakel di Jakel Shah Alam, baru-baru ini.

Selain itu, Cik Epal mendedahkan, selepas dia memuat naik senarai harga tersebut di Instagram miliknya tidak dinafikan ada pihak menyatakan minat untuk bekerjasama dengannya.

“Kebetulan, ada yang berminat hendak bekerjasama. Memang sebelum ini pun, ada orang pernah bayar ikut harga tersebut. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu sahajalah terus-terang.

“Sebelum ini, saya tak buka untuk reviu sebab dulu saya berniaga. Namun, bila nama ‘mendunia’ ketika ini, saya ambil peluang buat reviu tapi tetap tahu ‘value’ saya,”katanya.

Terdahulu, heboh di media sosial mengenai harga ulasan produk dan siaran langsung yang ditetapkan oleh Cik Epal sekiranya ada klien yang mahukannya mempromosikan produk mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya