Andai ada cubaan menjatuhkan, saya maafkan orang itu - Nadeera Zaini - Utusan Malaysia

Andai ada cubaan menjatuhkan, saya maafkan orang itu – Nadeera Zaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nadeera Zaini, 32, menganggap dakwaan berhubung isu ditangkap khalwat yang bertebaran sebelum Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) berlangsung merupakan satu ujian buat dirinya sebagai seorang finalis.

Bagaimanapun, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 32, masih positif selain menolak bahawa wujud pihak yang cuba menjatuhkan reputasi baiknya terutamanya semasa dalam membuat persiapan AJL.

“Saya tak rasa perkara tersebut adalah cubaan menjatuhkan saya.

“Kalau ini ujian, saya terima. Andai orang cuba menjatuhkan, saya maafkan orang tersebut.

“Saya berharap orang itu bertaubat lebih-lebih lagi kita sudah dekat dengan bulan puasa,” katanya.

Memilih untuk tidak melayani kontroversi tidak berasas tersebut, Nadeera berkata, dia lebih selesa untuk meletakkan tumpuan penuh kepada persembahannya di pentas AJL39 nenerusi lagu Bukan Lagi Kita, semalam.

“Saya cakap dengan pengurus dan pihak pengurusan buat apa nak fikir kerana boleh merosakkan fikiran.

“Sebulan saya memang betul-betul fokus dengan apa yang mahu dibuat untuk AJL termasuk tidak tengok media sosial dan pasukan saya uruskan.

“Ketika dapat tahu, saya tidak fikir. Biarkan sahaja lagipun saya tidak tahu kenapa nama saya dikaitkan,”jelasnya.

Selepas 10 tahun bergelut dalam industri, Nadeera akhirnya berjaya menjulang trofi Naib Juara AJL 39 membawakan karya hasil ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya