Tiada tambahan, AJL39 kekal 10 finalis - Utusan Malaysia

Tiada tambahan, AJL39 kekal 10 finalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan peminat untuk menyaksikan dua lagi finalis bersaing di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 nampaknya tidak kesampaian apabila TV3 sebagai penganjur masih mengekalkan keputusan asal yang membariskan 10 karya sahaja.

Perkara itu diumumkan melalui program khas, Mega Live di platform TikTok @TV3 Malaysia yang mula bersiaran pada jam 8 malam, tadi.

Menerusi grafik ‘silhouette’ atau gambar bayangan dua orang pada poster promosi AJL 39 yang menjadi bualan peminat sejak ia dimuat naik adalah penaja rasmi, iaitu jenama produk penjagaan kulit wajah, JardinPeau dan dutanya.

Menurut Pengurus Projek AJL 39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues, apa yang dilakukan pada poster promosi adalah gimik pemasaran bagi pengumuman penaja utama.

“Saya percaya ramai yang tertanya-tanya siapakah individu di sebalik gambar ‘silhouette’ yang terpapar di poster dan iklan AJL 39.

“Jadi, di sini saya ingin menjelaskan dua individu terbabit adalah penaja utama AJL 39 iaitu JardinPeau yang diwakili Ketua Pegawai Sumber Manusia, Raja Nur Amirah Raja Ahakdar.

“Satu lagi adalah duta jenama berkenaan yang juga pelakon Datuk Aaron Aziz,” katanya ditemui selepas selepas sesi Mega Live AJL 39 yang disiarkan secara langsung di platform TikTok TV3 bermula jam 8 malam tadi.

Pada masa sama, Russell berkata, AJL 39 akan mengekalkan 10 finalis seperti yang sudah diumumkan sebelum ini dan tidak akan ada penambahan.

“Seperti yang diumumkan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 39, pendirian pihak produksi masih sama. Hanya 10 lagu yang sahaja yang akan bersaing pada edisi kali ini.

“Cuma kami menjanjikan sesuatu yang istimewa di malam AJL39 nanti. Antaranya konsep pentas yang lebih besar berbanding penganjuran edisi lalu selain persembahan istimewa yang dibawakan nanti,” katanya.

Sebelum ini dua lagi slot tambahan atau disebut sebagai ‘wildcard’ itu hangat diperkatakan di laman sembang dengan rata-rata peminat memberi andaian mengenai karya bakal dipilih, sekali gus menambah kehangatan AJL 39.

Antara lagu yang disebut adalah Belakang Tabir nyanyian Syamel, Yennode Macha (Zubir Khan, Oh Huminodun (Elica Paujin) dan Panas (Nikki Palikat).

Sementara itu, AJL 39 bakal menyaksikan gandingan antara pengacara Nazrudin Habibur Rahman dan penyanyi Sissy Iman selaku hos utama program.

AJL 39 akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula jam 9 malam dan juga strim secara HD di www.tonton.com.my.

Tiket untuk menyaksikan AJL 39 secara langsung boleh didapati melalui laman web, www.wowtix.com.my bermula malam ini.

Sepuluh lagu yang mara ke pentas AJL 39 adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

Turut bersaing Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).

Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh) dan Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru).

Menambah cabaran, Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito).

Selain Edry Abdul Halim, 30 lagu yang bersaing pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 diadili Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY, Helen Yap dan AD Samad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya