Tiada istilah menangguk di air keruh - Ojen Aiwahhh - Utusan Malaysia

Tiada istilah menangguk di air keruh – Ojen Aiwahhh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh terkenal, Ojen Aiwahhh,29, mengakui tidak berniat mengambil kesempatan menjadikan selebriti media sosial, Cik Epal, sebagai umpan untuk melariskan jualannya.

Menurut Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli , tindakannya menjadikan Cik Epal sebagai rakan kolaborasi untuk perniagaan Kunafa Aiwahhh menerusi perisa terbaharu juga kerana terdetik sifat belas ihsan dan simpati terhadap nasib yang menimpa rakan baiknya itu.

“Kalau ada yang kata kerjasama ini kerana saya cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Tidak wujud istilah menangguk di air keruh. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.

“Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumah tangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh. Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga.

“Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak. Dulu dia ada tangan untuk dipimpin (merujuk kepada suami), tapi kini sebagai ibu tunggal,”katanya.

Tambah penyanyi lagu Hubb itu lagi, idea kolaborasi sudah dirancang lama.

Tegasnya, pemilihan perisa Madu 3 juga bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga pempengaruh dan usahawan kontroversi.

“Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).

“Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini.

“Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. Malah, perisa ini juga ada tiga lapisan,”katanya.

Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu.

Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa yang bersesuaian dengan selera orang Melayu, Ojen berkata, idea berniaga itu terlintas ketika dia belajar di Yaman.

Malah, Ojen sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya