Tersilap muat naik gambar lama, Zira akui Nabil tak mahir media sosial - Utusan Malaysia

Tersilap muat naik gambar lama, Zira akui Nabil tak mahir media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelawak Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub mengakui, video yang memaparkan dia tidak bertudung sebelum ini di Instastory(IGs) merupakan satu kesilapan yang dilakukan oleh suaminya itu.

Menurut Zira, Nabil tidak sengaja berbuat demikian dan ia merupakan sekeping gambar yang telah lama diambil.

“Instagram selalu keluarkan gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik tanpa sengaja.

“Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab nanti risau orang lain menambah perkara lain pula,” katanya.

Zira berkongsi perkara itu ketuk a ditemui selepas Majlis Pengumuman Duta Jakel Raya di Jakel Mall, di ibu negara, hari ini.

Pada majlis tersebut, Nabil sekeluarga dilantik menjadi duta jenama berkenaan bagi memeriahkan kempen raya untuk tahun 2025 kali ini sebaris dengan selebriti lain seperti Elly Mazlein, Anzalna, Cik Epal, Fattah Amin dan Amira Othman.

Dalam pada itu, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata, dia tidak mahir menggunakan media sosial dan disebabkan itu tanpa sengaja memuat naik video lama isterinya tidak bertudung.

“Saya tak reti sangat dan tak tahu macam mana boleh termuat naik video lama itu.

“Iyalah, selama ini memang isteri yang jaga akaun media sosial,” jelasnya.

Tambah pelawak itu selepas ini dia akan lebih berhati-hati menggunakan media sosial kerana risau anak-anak terkena tempias atas kesilapan dilakukan.

“Selepas ini kena lebih berhati-hati, saya risau anak-anak pula kena tempiasnya nanti,” ujarnya.

Untuk rekod, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN