Sufian Suhaimi kembali jalin cinta dengan bekas kekasih - Utusan Malaysia

Sufian Suhaimi kembali jalin cinta dengan bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Sufian Suhaimi, 33, mengakui hubungannya dengan bekas kekasih, Rania Al-Sadat sudah kembali terjalin sejak setahun lalu.

Meskipun begitu, Sufian berkata, mereka berdua belum bersedia untuk berbicara soal perkahwinan namun mengakui serius dalam perhubungan kali ini.

Malah, Sufian berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan hubungannya dengan Rania.

“Ya, kami sudah kembali bersama. Status sekarang dia kekasih saya.

“Tak berani nak cakap bila berbaik tapi nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan baik-baik buat kami.

“Insya-Allah kalau jodoh sudah sampai saya akan berkahwin,” katanya.

Sufian berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, Puchong, Selangor, hari ini.

Berkongsi lanjut, kata Sufian jika ditakdirkan dirinya berkahwin dia tidak merancang untuk bertunang sebaliknya akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Tambah Sufian, jika dia dan Rania sudah bersedia mereka tidak akan tunggu lama untuk menghalalkan hubungan yang dibina.

“Mungkin selepas ini saya terus berkahwin tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila tapi insya-Allah doakan saya.

“Memang ada rancangan untuk berkahwin sebab sudah tiada perkara lain saya nak tunggu, kalau saya dan dia sudah bersedia kami tak tunggu lama,” katanya.

Dalam pada itu, Sufian menafikan punca dia dan Rania berpisah dahulu disebabkan orang ketiga dan memberitahu komunikasi adalah kunci kepada sesebuah hubungan.

“Tiada orang ketiga bila kami berpisah. Saya rasa komunikasi adalah kunci bagi sesebuah hubungan.

“Kita kena berkomunikasi daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara,” ujarnya.

Sebelum ini, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.

Namun, tidak lama selepas itu, terdapat khabar angin mendakwa cinta mereka kembali terjalin selepas pasangan ini dilihat meluangkan masa bersama di beberapa lokasi.

Dalam perkembangan lain, Sufian berkolaborasi dengan penyanyi Sarah Suhairi menyanyikan lagu berjudul Dengan Lafaznya.

Lagu berkenaan kini sudah boleh mula didengari di semua platform digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya