Saya tiada masalah dengan Amira - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Saya tiada masalah dengan Amira – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon sensasi, Fattah Amin, tidak menolak bahawa kemunculannya bersama penyanyi, Amira Othman dengan berpakaian sedondon pada majlis pengumuman Duta Jakel 2025 hanya sekadar memenuhi tuntutan klien.

Fattah juga mengakui, dia tiada masalah untuk digandingkan dengan Amira sekiranya mampu memberi impak kepada dirinya dan klien terbabit.

“Ini adalah rezeki dan kepercayaan diberikan oleh klien, macam sebelum ini juga. Macam saya cakap sebelum ini, kita sama-sama membantu.

“Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu untuk mempromosi. Bila Jakel bersetuju untuk menggandingkan saya bersama Amira, itu juga membantu promosi.

“Jadi, kalau perkara itu ada beri kesan kepada klien yang mengambil kami, saya fikir tiada masalah kerana saling bantu-membantu.

“Kalau selepas ini ada lagi tawaran membabitkan kami, saya rasa tiada masalah. Jadi, bila diberi peluang dan kepercayaan saya ambil untuk penuhi kepercayaan itu,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall di sini, hari ini.

Menerusi majlis pengumuman duta dan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, Fattah dan Amira mencuri perhatian pengunjung apabila tampil berpakaian sedondon warna ‘burgundy’.

Sebelum ini, Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menjawab persoalan mengenai gosip itu apabila memaklumkan mereka sebenarnya bekerjasama dalam muzik video single terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin.

Sementara itu, penyanyi lagu Bila Nak Kahwin itu menepis dakwaan dirinya ‘menunggang’ populariti Fattah yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini.

“Saya kurang faham sikit definisi ‘menunggang’ ini. Pada saya semua ini rezeki. Apa yang pasti, segala terjadi dan disusun ini adalah rezeki.

“Saya rasa perkataan ‘menunggang’ itu kurang sesuai digunakan kerana kalau sudah tertulis rezeki, maka macam-macam boleh berlaku.

“Pertama sekali, ia bermula dengan gimik. Apa sahaja pilihan kita sama ada mahu kontroversi atau tidak, pasti ada kebaikan dan keburukan. Dengan gimik ini pasti ada spekulasi dan sebagainya.

“Tapi, pada saya asalkan ia tidak berlebihan-lebihan. Kalau nampak kami keluar bersama, itu semua atas dasar kerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya