Saya diberi pilihan tinggalkan dunia seni atau terus menyanyi - Marsha Milan - Utusan Malaysia

Saya diberi pilihan tinggalkan dunia seni atau terus menyanyi – Marsha Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Marsha Milan, mengakui pernah diberi pilihan untuk meninggalkan kerjaya seni dan tidak perlu bekerja atau meletak fokus cuma kepada rumah tangganya sahaja

Marsha berkata, perkara itu pernah dimaklumkan suaminya, Mohamamd Shaiful Nizam sewaktu awal perkahwinan mereka.

Namun kata Marsha, sebagai seorang penyanyi yang sudah sebati dengan dunia seni, mustahil untuk dirinya meninggalkan bidang yang diminati dan keputusannya untuk tetap bekerja tidak pernah dibantah oleh suaminya.

“Saya mempunyai pilihan untuk tidak menjadi artis selepas kahwin kerana suami pernah bertanyakan hal itu kepada saya. Dia tidak membantah dengan keputusan saya untuk meneruskan bidang seni ini.

“Meskipun suami bukanlah orang yang selalu di depan dalam kerjaya seni saya, tetapi dialah orang penting yang akan melihat setiap hasil kerja saya,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, jelas Marsha, disebabkan keputusan untuk kekal menyanyi, dia juga tidak pernah mengambil kesempatan terhadap suami terutama dalam aspek kewangan dalam menguruskan kerjaya seninya.

“Nak rakam lagu baharu atau fikirkan dana persembahan untuk acara besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), saya tidak pernah minta duit suami atau bergantung kepadanya.

“Saya yang pilih jalan untuk teruskan dalam bidang ini, jadi tak mahu menyusahkan dia. Saya guna wang sendiri atau dana daripada syarikat rakaman,”katanya.

Mengulas lanjut tentang persembahan di
AJL39, penyanyi asal Sabah ini tidak menafikan saingan finalis tahun ini sangat mencabar terutama bagi kategori Vokal Terbaik.

Tidak hanya bersaing dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul, Nadeera Zaini dan Ernie Zakri, Marsha menganggap saingan yang diberikan oleh penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya.

“Saya rasa tahun ini sukar kerana kebanyakan finalis AJL39 pernah memegang Anugerah Vokal Terbaik. Itu yang membuatkan saya agak gementar sedikit.

“Selalunya netizen akan mengaitkan saya dengan vokal Aina, Nadeera dan Ernie kerana mereka merupakan penyanyi wanita tetapi perlu diingat penyanyi lelaki juga mempunyai banyak kelebihan.

“Disebabkan itu saya merasakan tahun ini banyak pencalonan yang terbaik terutamanya dari segi vokal,” katanya.

AJL 39 akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula pukul 9 malam.

Sepuluh lagu bakal berentap di AJL39 termasuk Puas Sudah (Aina Abdul), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Aura (Ernie Zakri), Hening Rindu (Marsha Milan), Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini) dan Diam (Hael Hussaini).

Turut sama ke AJL39 ialah Saksama (Akim And The Majistret), Pujaanku (Masdo dan Aishah Aziz), Sengaja (Amir Masdi) dan Risiko (Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya