Saif ditikam, beri ruang buat keluarga kami bernafas - Kareena Kapoor - Utusan Malaysia

Saif ditikam, beri ruang buat keluarga kami bernafas – Kareena Kapoor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI : Ekoran insiden suaminya, Saif Ali Khan, parah ditikam tiga individu tidak dikenali baru-baru ini, aktres, Kareena Kapoor Khan, meminta semua pihak memberi ruang buat keluarganya untuk ‘bernafas’ seketika.

Menurut Kareena, ujian yang dilalui oleh keluarganya menerusi insiden yang berlaku sangat memberi kesan buatnya namun berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dengan keadaan Saif.

Pada masa yang sama, Kareena meminta semua pihak untuk berhenti menyebarkan spekulasi tidak benar mengenai apa yang terjadi.

“Ia adalah hari yang sangat mencabar buat keluarga kami, dan kami masih cuba untuk memahami kejadian yang berlaku.

“Ketika kami menghadapi masa sukar ini, saya dengan hormat dan rendah hati meminta agar media dan paparazi menghentikan spekulasi serta liputan tanpa henti.

“Saya dengan rendah hati meminta anda menghormati batasan kami dan memberi ruang yang kami perlukan untuk pulih dan menghadapi keadaan ini sebagai sebuah keluarga,” luahnya dalam Instagram, semalam.

Terkini, pelakon terkenal Bollywood itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman dalam satu insiden pergelutan dengan seorang penceroboh di kediamannya yang terletak di Mumbai, kelmarin.

Saif, yang merupakan anak kepada bekas kapten kriket India, Mansur Ali Khan Pataudi dan legenda layar perak Sharmila Tagore, merupakan salah seorang bintang Bollywood paling disegani.

Sebelum berkahwin dengan Kareena pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Taimur dan Jeh, Saif terlebih dahulu mendirikan rumah tangga dengan Amrita Singh pada 1991 sebelum bercerai pada 2004.

Hasil hubungan tersebut dia memiliki dua orang cahaya mata yang kini cukup popular sebagai pelakon iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan. Masing-masing berusia 29 dan 24 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya