Rosakkan lagu? Saya cuma seorang penghibur - Kelly Azman - Utusan Malaysia

Rosakkan lagu? Saya cuma seorang penghibur – Kelly Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti versatil, Kelly Azman, 48, mengakui tidak berkecil hati apabila dirinya dikritik sengaja merosakkan lagu artis terkemuka tanah air apabila kerap kali muncul memparodikan lagu-lagu mereka di media sosial.

Menurut Kelly, dia sedar dirinya bukanlah seorang penyanyi profesional namun kerjaya seni yang dibinanya sejak 10 tahun ini cenderung ke arah profesion seorang penghibur serba boleh.

“Saya cover lagu beberapa artis tempatan kerana saya merasakan lagu itu menjadi siulan. Saya hanya merancakkan lagu tersebut. Menyanyi memang minat saya.

“Jadi inilah cara untuk saya ke depan dengan cara menyanyikan semula lagu penyanyi yang sedang viral.

“Saya tidak mencalarkan lagu tersebut, kenapa netizen kata saya merosakkan? Adakah sebab suara saya tak sedap? Saya mengakui saya bukan penyanyi, saya adalah penghibur. Saya hanya cover dan parodi sahaja lagu penyanyi artis Malaysia,”katanya.

Kelly berkata demikian semasa ditemui di majlis rebiu pakej ramadan Selera Bonda Hotel St Gilles Boullevard di ibu negara, baru-baru ini.

Tidak cuma itu, kata Kelly, dia tidak kisah andai menjadi sasaran kecaman netizen kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu sejak dari mula berkecimpung dalam dunia hiburan.

Malah, kata Kelly, dia juga tidak patah semangat untuk menghasilkan lebih banyak parodi lagu saduran termasuk telah merangka perancangan baharu sepanjang 2025.

“Saya tak serik, tahun 2025 ada 14 buah lagu yang sudah masuk dalam senarai untuk saya cover. Sebulan dua buah lagu.

“Setiap anak seni ada cara mereka berkarya, kalau saya sebagai penghibur inilah cara saya berkarya. Ini juga sumber pendapatan saya,”katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘No No No’ ini turut mendedahkan kos sebuah video klip mencecah RM5,000.

“Anggaran satu video klip, saya berhabis RM5,000. Kos ditanggung sendiri oleh saya. Ini ada usaha saya sendiri.

“Saya juga mempromosikan lagu-lagu penyanyi tempatan,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Kelly bakal bergandingan dengan rakan artis, Ani Mayuni untuk menghiburkan tetamu yang hadir berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di hotel tersebut.

Selera Bonda buffet dinner menawarkan harga berpatutan iaitu untuk dewasa RM118 dan kanak-kanak, RM 59.

Bagi ‘early bird’, anda akan ditawarkan harga RM85 jika membuat tempahan sebelum 4 Mac. Untuk menempah, sila hubungi 012-4008691 (Anis).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya