Pengharaman Tik Tok di AS ditarik semula - Utusan Malaysia

Pengharaman Tik Tok di AS ditarik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON : Mendapat rungutan jutaan penggunanya selepas Tik Tok diisytihar telah diharamkan di Amerika Syarikat (AS) pada 19 Januari, aplikasi itu bagaimanapun kini boleh digunapakai setelah bakal Presiden AS, Donald Trump menarik semula pengharamannya di media sosial.

Susulan perkhidmatan aplikasi sosial popular itu kembali dibenarkan, TikTok memuji tindakan Trump yang menarik semula pengharaman aplikasi tersebut walaupun pentadbiran Presiden sedia ada, Joe Biden memaklumkan kerajaan tidak pernah menguatkuasakan sebarang larangan.

Dalam satu kenyataan di X, TikTok memaklumkan perkhidmatan aplikasi itu kini dalam proses pemulihan.

“Kami berterima kasih kepada Trump kerana memberikan jaminan diperlukan kepada penyedia perkhidmatan ini bahawa mereka tidak akan berdepan sebarang ancaman penalti selepas lebih 170 juta rakyat Amerika menggunakan TikTok,” tulisnya.

Sebelum ini, TikTok yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance telah dihentikan operasi pada 18 Januari lalu, susulan kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat AS disalahgunakan pihak China.

Pada masa sama, Trump turut berjanji untuk mengeluarkan perintah eksekutif menangguhkan larangan penggunaan TikTok demi memberi masa kepada syarikat pemilik aplikasi berkenaan, ByteDance menjual pegangan subsidiari AS kepada pembeli bukan asal China.

Beliau menyeru kerajaan AS dalam satu catatan di platfrom Truth Social, turut mengambil bahagian dalam mengambil alih sebahagian pegangan pemilikan saham TikTok.

“Saya mahu AS mempunyai pemilikan 50 peratus saham dalam satu perjanjian usaha sama dengan Tiktok kerana nilai aplikasi tersebut boleh melonjak sehingga mencecah ratusan bilion dolar atau mungkin trilion.

“Dengan ini, kami akan membenarkan semula penggunaan TikTok,” katanya.

Sebelum ini, Trump dikatakan pernah menyokong larangan aplikasi berkenaan semasa penggal pertama beliau memegang jawatan Presiden AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya