Pandai pula minta selesaikan luar mahkamah - Razman Razmi - Utusan Malaysia

Pandai pula minta selesaikan luar mahkamah – Razman Razmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terpalit dengan insiden ditumbuk seorang jurugambar baru-baru ini, duo pereka fesyen, Razman dan Razmi memilih untuk tetap meneruskan saman meskipun pelaku iaitu Aqo Imran cuba mengajak menyelesaikan isu itu di luar mahkamah.

Menerusi hantaran di Instgaram Story, Razman dan Razmi berkata, pihaknya enggan melayan permintaan tersebut kerana insiden itu telah menjejaskan nama baik serta perniagaan mereka.

“Jangan nak suruh orang kau sana sini wakilkan minta pihak kami tarik kes dan selesai luar mahkamah, tidak sekali pun.

“Kau dah buat kami malu satu Malaysia, sakit, trauma, kecacatan fizikal dan kos perubatan.

“Jejaskan nama baik kami selama 25 tahun dalam perniagaan. Pandai pula telefon rakan artis kawan kakak kau, kau dah buat kau tanggung.” katanya.

Dalam pada itu, Razman dan Razmi memberi amaran kepada Aqo supaya tidak mengganggu mereka seperti mana diarahkan mahkamah.

Pun begitu, Razman dan Razmi meletakkan syarat sekiranya mahu selesaikan di luar mahkamah, pihaknya menuntut jurugambar terbabit untuk membayar RM500,000 dan adakan sidang media khas.

“Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja.

“Kau rasa apa kami rasa. Kau tak fikir pun sebelum buat. Tolong jangan ganggu kami. Kan dah dapat arahan tak boleh dekat atau ganggu kami.

“Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat PC (sidang media) minta maaf satu Malaysia. Itu pun kalau kau ada duit” kongsinya lagi.

Tidak akan berdiam diri, Razman dan Razmi juga akan menghantar surat saman kepada pihak Aqo.

“Tak semudah itu, tunggu saman balas kami. Kami tak mahu cakap lebih dekat sini, pihak kami tidak akan berdiam diri.

“Kami serahkan kepada pihak berwajib urus. Jangan sesiapa pun ganggu kami kecuali hal-hal berkaitan perniagaan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya