Lelaki kalau sudah gatal tak kisah status atau usia pun - Scha Elinnea - Utusan Malaysia

Lelaki kalau sudah gatal tak kisah status atau usia pun – Scha Elinnea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Scha Elinnea, 26, mengakui, sepanjang terlibat dalam bidang seni dirinya pernah cuba didekati oleh aktor lelaki yang turut sama menjayakan naskhah drama di set penggambaran.

Enggan mendedahkan nama aktor tersebut, kata Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, dia bagaimanapun cuba mengelak daripada terjebak dengan cinta lokasi.

“Kalau kata tidak didekati oleh artis lelaki di set penggambaran itu, tipulah.Pernah sahaja, tetapi saya kena profesional dalam kerja. Bagi saya, kalau nak kekal lama dalam industri seni ini, kita sebagai pelakon kena asingkan kerja dengan hal peribadi.

“Biasanya, saya akan cakap sahaja yang saya tidak selesa dengan cara dia dan beritahu bahawa masing-masing perlu fokus kepada kerja. Jangan terjebak dengan hal percintaan atau peribadi dalam kerja.

“Sebab kita bila datang kerja, memang nak buat kerja. Kalau boleh saya nak elak isu cinta lokasi ini sebab pada waktu ini saya cuba fokus pada diri, kerjaya dan mahu naikkan nama lagi besar dalam industri seni,”katanya.

Scha berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di ibu negara baru-baru ini.

Selain itu, ditanya sama ada aktor berkenaan merupakan seorang lelaki berstatus bujang atau sudah berkeluarga, Scha bagaimanapun tidak mendedahkannya.

“Orang kalau sudah gatal, tidak kisah status atau umur pun. Kalau sudah namanya memang ‘gatal’. Susah juga untuk saya jawab soalan ini sebab kalau nak ikutkan,ramai sahaja yang cuba dekati saya tanpa mengira usia itu.

“Bagaimanapun, terpulang kepada diri kita sendiri sama ada nak melayan perkara itu atau tidak. Kalau orang hantar mesej di Instagram pun, saya memang jenis tak melayan. Kecualilah kalau itu peminat ‘tagged’ atau ‘mentioned’ nama saya di situ,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya berhubung status dirinya kini sama ada sudah berpunya atau belum, pelakon drama Nuh & Nayla ini mengakui selesa solo buat masa ini.

“Saya fokus kepada diri sendiri sahaja sekarang. Status itu, biarlah rahsia, bercinta dengan diri sendiri dululah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya