Kami tunggu masa sesuai jenguk Syasya - Dolla - Utusan Malaysia

Kami tunggu masa sesuai jenguk Syasya – Dolla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Trio Dolla, mengakui tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata pertama, bekas anggotanya, Syasya, 23.

Menurut Sabronzo, dia bersama Tabby dan Angel menunggu masa yang sesuai untuk melawat Syasya selain tidak sabar melihat putera sulung penyanyi berkenaan.

“Kami percaya dia masih lagi dalam fasa berpantang dan sedang meluangkan masa bersama anak dan keluarga. Jadi kami akan beri ruang kepada dia dahulu untuk luangkan masa bersama keluarga.

“Selepas itu kalau dia mahu berjumpa dengan kami, kami bersedia untuk melawat.

“Kami sangat gembira dan teruja. Anak dia (Syasya) sangat comel. Kami semua tumpang gembira,”katanya.

Dolla berkata demikian semasa ditemui di majlis Pelancaran produk terbaharu minuman Yeos di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini, hari ini.

Sementara itu, Dolla teruja untuk mengumumkan perancangan mereka berhubung penganjuran konsert pertama mereka di luar negara iaitu di Singapura pada tahun ini.

Kongsi Sabronzo, idea itu muncul selepas konsert pertama mereka di ibu negara pada Ogos lalu menetima sambutan yang sangat memberangsangkan.

“Sebelum ini kami dah buat konsert di KL dan sambutannya sangat hebat daripada peminat kami. Pada masa yang sama, kami sedar yang Dolla juga ada ramai peminat di Singapura.

“Jadi buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke konsert Dolla sebelum ini di KL, kami berharap akan mengadakan konsert di Singapura kali ini,”ujarnya.

Terdahulu, Syasya atau nama sebenar Nur Syasya Afiqah Shahrizal berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertamanya pada 23 Disember lalu.

Syasya turut berkongsi nama penuh anak lelakinya iaitu Muhammad Yassir Hayyan.

Syasya dan suaminya, Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya