Kaka Azraff sudah rujuk semula dengan bekas suami? - Utusan Malaysia

Kaka Azraff sudah rujuk semula dengan bekas suami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sekeping foto termasuk video di ruangan Instagram Story (Igs) milik Adam Zariff menimbulkan tanda tanya ramai semalam apabila dia didakwa sudah kembali rujuk dengan bekas isterinya, penyanyi popular, Kaka Azraff.

Menerusi perkongsian tersebut, warganet membuat andaian bahawa kedua-dua mereka sudah kembali bergelar suami isteri ketika dalam tempoh idah selepas bercerai pada Oktober tahun lalu.

Foto yang dikongsikan juga menunjukkan Kaka dan Adam begitu mesra semasa menghadiri sebuah acara hiburan dan fesyen di ibu negara, kelmarin.

Menerusi perkongsian tersebut, Adam turut meninggalkan kata-kata romantis buat Kaka selain berdoa agar penyanyi itu sentiasa berada di sisinya.

“Apabila mereka mengatakan segala-galanya sudah tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis disebelahku. I love you a trillion,” katanya.

Bagaimanapun, meninjau ke IG milik Kaka, penyanyi itu masih belum berkongsi sebarang maklumat mahupun foto bersama Adam.

Sementara itu, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kebahagiaan buat mereka.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Difahamkan pasangan ini sah bercerai talak satu dan pengesahan tersebut dibuat secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya