Isu perceraian tular, saya berani kerana benar- Cik Epal

Isu perceraian tular, saya berani kerana benar- Cik Epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh sensasi, Cik Epal, mengakui terkejut dengan sokongan pelbagai pihak terhadap dirinya terutama selepas kisah perceraiannya dengan bekas suami, usahawan Pizza terkenal, Jofliam, menjadi tular di media sosial.

Menurut Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, perkara itu di berada di luar jangkaannya namun menghargai setiap sokongan yang diberikan.

“Saya sangat hargai setiap kata-kata positif yang diberikan kepada saya. Terus-terang saya pun terkejut dengan sokongan ramai terhadap diri ini. Tetapi saya ambil semua itu sebagai satu penguat semangat buat diri.

“Kalau ada yang kata saya kelihatan lantang bersuara di media sosial, apa yang saya boleh katakan, saya berani kerana benar.

“Kalau kita berada di pihak yang betul, kita akan jadi berani,”katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman 10 Duta Jakel Raya Mendonia di Jakel Mall, di ibu negara, baru-baru ini.

Selain itu, ketika ditanya mengenai isu perceraiannya, Cik Epal mengakui tidak mahu mengulas lanjut namun cuba mengambil hikmah daripada apa yang telah terjadi.

“Saya anggap ini takdir untuk saya (perceraian). Saya ambil benda yang positif sahaja. Malah, saya pun berharap benda ini akan berakhir dengan cepat.

“Saya memang nak semua benda dapat diselesaikan dengan baik. Tidak cuma itu, saya juga harap semua perkara selepas ini, hanya yang baik-baik sahaja yang terjadi,”katanya.

Pada masa yang sama, Cik Epal menasihatkan golongan wanita yang senasib dengannya supaya berdamai dengan takdir meskipun telah berpisah dengan bekas suami masing-masing.

“Kita berdamailah dengan takdir, bersyukur dengan apa yang terjadi sebab saya rasa semua yang terjadi dalam hidup kita ini pasti ada hikmahnya.

“Bersyukurlah hal itu terjadi kepada kita,”katanya ringkas.

Dalam pada itu, Cik Epal turut meluahkan rasa terharu apabila diberi peluang oleh pihak Jakel menerusi pelantikannya sebagai salah seorang duta jenama berkenaan sebaris dengan selebriti terkemuka lain.

“Saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Feroz yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Duta Jakel.

“Saya rasa sangat terharu dan bahagia kerana Datuk Seri mempercayai saya, walaupun saya rasa saya bukan seorang artis,” ujarnya.

Selain Cik Epal, turut dilantik sebagai duta Jakel pada tahun ini ialah Elly Mazlein, Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad, Anzalna Nasir, dan kumpulan Senario.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN