Isteri Along Cham kini rajin solat tahajud - Utusan Malaysia

Isteri Along Cham kini rajin solat tahajud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelawak Along Cham, Feena Suhaimi mengakui bahawa kini dirinya semakin rajin melakukan solat Tahajud sejak keluarganya ditimpa musibah baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Feena atau nama lengkapnya Afreena Suhaimi, 33, mengakui dengan amalan tersebut, Allah SWT telah memberikannya sedikit demi sedikit petunjuk.

“Beberapa hari ini, saya kerap buat solat Tahajud, Alhamdulillah. Allah tunjuk sedikit demi sedikit hari ini.

“Terima kasih Allah kerana tolong, kebenaran akan terungkap sendiri,”katanya.

Bagaimanapun, Feena tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut namun dipercayai ia berhubung kait dengan isu membabitkan Along yang kini ditahan kerana didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 60.31 gram.

“Tengok tulisan awak mengukir nombor telefon saya merupakan perkara bermakna bagi saya,”tukisnya.

Menerusi hantaran sebelum ini, Feena mengakui ujian yang menimpa bukan mudah dihadapi secara sendirian namun terpaksa tabah demi suami tersayang.

“Sudah sebulan bergelut, dan kesakitan. Walaupun selepas segala tuduhan, namun saya masih di sini berusaha untuk kuat dan berdiri untuk suamiku,”tulisnya.

Tambah Feena lagi, dia juga tidak peduli dengan kata-kata dan tanggapan serong orang ramai terhadap suaminya sebaliknya percaya Allah SWT lebih mengetahui segalanya.

“Orang boleh berkata apa saja dan mereka boleh mendengar pihak mana pun yang mereka mahu. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya! Sangat merindui suami,”ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja.

Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

Hasil ujian air kencing yang dibuat juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

Pada 20 Disember lalu, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad selaku tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan itu dibacakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya