Disamakan dengan Haqiem Rusli, suara kami berbeza - Danial Kifli - Utusan Malaysia

Disamakan dengan Haqiem Rusli, suara kami berbeza – Danial Kifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerap kali suaranya disamakan dengan Haqiem Rusli, penyanyi, Danial Kifli, 22, mengakui tidak mahu lebih ramai peminat dan pendengar terus memasang persepsi sedemikian.

Menurut Danial, dia dan Haqiem memiliki ton suara yang berbeza dan hal itu juga telah diakui sama oleh seorang guru vokalnya.

“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya agak terkilan bila ada yang tak kenal. Malah, ramai juga yang samakan saya dengan Haqiem Rusli yang mana kononnya pada mereka, suara kami seakan sama. Saya kurang bersetuju.

“Tahap Haqiem jauh lebih tinggi. Saya pula baru nak menapak dalam bidang seni ini. Ton suara kami juga agak berbeza. Mungkin orang sudah terbiasa mendengar lagu-lagu Haqiem dan bila dengar lagu saya,jadi mereka ingat sama.

“Saya mendengar lagu-lagu Haqiem sejak kecil. Cara nyanyian kami juga berbeza,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Danial memberitahu, dia baharu sahaja melancarkan sebuah single keempat berjudul Jauh ciptaannya sendiri bersama Sang Ritma dan Amir Hariz.

Menerusi lagu baharu yang turut menerima suntikan balada, Danial mengakui selesa membawakan genre berkenaan seiring memenuhi selera penminat dan pendengarnya.

“Rasanya, saya nampak hala tuju saya lebih ke arah lagu-lagu berentak balada. Jadi saya mahu mengukuhkan kedudukan saya dalam genre muzik balada ini sebelum mencuba sesuatu yang baharu.

“Walaupun mungkin orang akan kata saya seakan berada di zon selesa, tetapi buat masa ini saya yakin genre ini terbaik untuk saya.

“Mungkin selepas ini akan cuba ubah, tetapi kena tunggu keputusan pihak pengurusan juga,”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi lanjut mengenai lagu tersebut, kata Danial, dia berharap karya ini dapat diterima ramai.

“Alhamdulillah, ini merupakan single saya keempat selepas Permata Istimewa, Pergilah Cinta & Musnah. Saya bersyukur dengan sambutan luar biasa yang diterima oleh pendengar.

“Lagu Jauh ini menceritakan tentang kehilangan dua insan tersaayang serentak yang membuatkan hidup lelaki itu jadi kosong, keliru dan sedih.

“Istimewanya lagu ini adalah jalan ceritanya yang penuh tersirat dan lirik yang mendalam. Melodi pula kena dengan jiwa saya,” ujarnya.

Untuk menonton muzik video Jauh, layari YouTube Awal Muzik Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya