Dibela VIP? Ini dianggap satu fitnah - Scha Ellinea - Utusan Malaysia

Dibela VIP? Ini dianggap satu fitnah – Scha Ellinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Scha Ellinea, mengakui tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan fitnah bahawa dirinya hidup mewah kerana ‘dibela’ oleh seseorang berstatus VIP.

Menurut Scha atau nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, perkara itu tidak benar dan dia tidak akan membiarkan fitnah itu terus berlarutan demi menjaga nama baiknya dalam industri hiburan.

“Perkara seperti ini saya anggap sebagai fitnah. Sebab saya memang tak pernah ada (dibela) dan tidak pernah teringin pun untuk ada. Jadi kalau ada yang tiba-tiba kata saya ini begini, begitu, memang saya akan ambil tindakan.

“Saya selama ini berdiri di atas kaki sendiri. Kehidupan saya, pergi kerja, kalau tiada apa-apa balik rumah. Kalau tidak, ada masa saya akan ambil cuti panjang untuk pergi kemana-mana setelah penat bekerja,”katanya.

Scha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung di ibu negara, kelmarin.

Selain itu, Scha menegaskan, apa yang dimiliki dalam kehidupannya sekarang adalah hasil titik peluhnya sendiri sebagai anak seni dan bukan ditanggung oleh sesiapa.

“Kalau boleh saya tak nak cakap sangat hal itu sebab benda tu (sugar daddy) tak betul. Siapa yang kenal saya tahu saya macam mana. Saya sibuk dengan kerjaya saya.

“Keluarga saya percayakan saya 100 peratus dan mereka yakin saya tak buat perkara macam itu. Saya juga sebagai anak tak akan lah nak beri wang sumber haram kepada mereka,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya