Cantik, bijak, Atikah Suhaime doa anak dapat kahwin putera raja - Utusan Malaysia

Cantik, bijak, Atikah Suhaime doa anak dapat kahwin putera raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi, pelakon, Datik Atikah Suhaime, mendoakan puteri sulungnya itu dikurniakan raut wajah yang cantik selain mempunyai akal yang bijaksana seiring tumbesarannya kelak.

Perkara itu dikongsikan Atikah menerusi satu hantaran video di Instagram smemasa menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Datuk Lokman Teh, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik, Atikah dan suami menikmati makan malam romantik di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.

Sambil menikmati hidangan, pasangan ini sibuk membincangkan mengenai perancangan masa depan anak perempuan mereka yang bakal lahir.

Malah Atikah juga berseloroh berharap agar anaknya itu berkahwin dengan anak raja apabila dewasa kelak.

“Saya harap anak saya ada sisi artistik tetapi pada masa yang sama, dia seorang yang bijak, berdisiplin. Kalau boleh, nanti bila usia yang sesuai saya nak masukkan dia dalam kelas tarian ballet.

“Disebabkan dia ‘beauty with brain’, saya harap dia dapat kahwin dengan anak raja suatu hari nanti,”seloroh Atikah.

Bagaimanapun, suaminya, Lokman menganggap sebagai ibu bapa mereka tentunya tidak berhak menentukan siapa jodoh terbaik buat puteri mereka itu kelak.

“Kahwin dengan siapa, itu jodohnya di masa hadapan, Allah akan berikan yang paling elok untuknya. Tetapi saya harap dia dapat membesar menjadi seorang wanita yang berdikari dengan pada masa yang sama, pandai dalam dunia perniagaan,”katanya.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari tahun lalu.

Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya