Bertanding di AJL, Nadeera lunas impian dari kecil - Utusan Malaysia

Bertanding di AJL, Nadeera lunas impian dari kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pertama kali berpeluang melangkah kaki ke pentas Anugerah Juara Lagu untuk edisi ke-39 (AJL39), penyanyi, Nadeera, mengakui ia merupakan satu daripada impiannya sejak kecil.

Berikutan itu, kata Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, dia mahu mengambil peluang tersebut untuk memberikan persembahan terbaik ketika berjuang membawakan lagu Bukan Lagi Kita.

“Sehingga kini, saya masih rasa seperti mimpi. Pentas AJL ini memang sudah saya idamkan sejak kecil lagi dan saya menonton AJL ini setiap tahun.

“Alhamdulillah, hari ini Allah memberikan saya kesempatan untuk menggapai mimpi tersebut. Saya juga akan bertanding sebaris dengan orang-orang yang hebat,” katanya.

Juara program Big Stage musim ke-5 berkata demikian ketika ditemui di acara Mega Live AJL39, baru-baru ini.

Selain itu, dikatakan sebagai antara pencabar utama AJL39, Nadeera enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Besar harapan orang-orang itu. Apapun, saya tetap bergantung kepada rezeki. Kalau ada rezeki, adalah. Dapat masuk ke pertandingan ini pun saya sudah sangat bersyukur.

“Ia juga merupakan satu langkah baharu untuk saya. Jika menang, ia merupakan satu bonus. Siapa sahaja yang tak nak menang? Sudah tentu kita nak menang dan cuba buat yang terbaik.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Nanti saya juga yang akan sedih. Apapun, saya mengharapkan doa daripada kalian semua,” ujarnya.

Bakal bertanding sepentas bersama komposer lagunya sendiri tidak menghalang Nadeera untuk mendapatkan nasihat daripada penyanyi terkenal, Hael Hussaini.

“Saya ada berjumpa dengan Hael untuk mendapatkan nasihat kerana dia merupakan pemilik lagu. Alhamdulillah banyak tunjuk ajar yang dia berikan.

“Namun, kami berdua akan bertanding di pentas yang sama. Jadi, kami beri ruang buat masing-masing. Saya lebih banyak bekerja dengan pasukan saya sendiri,” katanya.

AJL39 bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya