11 tahun kumpul ilmu, Raja Rashtam atur langkah berani - Utusan Malaysia

11 tahun kumpul ilmu, Raja Rashtam atur langkah berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas 11 tahun berpengalaman mengacarakan majlis-majlis korporat dan perkahwinan bertaraf VIP, pengacara, Raja Rashtam mahu memperluaskan bidangnya ke pentas penyiaran televisyen pula.

Raja Rashtam, 31, berkata, dengan pengalaman yang cukup luas itu memberi keyakinan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau mencuba nasib sebagai pengacara televisyen bagi memperluaskan kepakarannya.

“Ya, saya mahu cuba menjadi pengacara televisyen. Hasrat ini bukan sahaja menunjukkan keberanian saya untuk keluar dari zon selesa, tetapi juga keazaman saya untuk terus berkembang dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Semestinya bukan di program lawak atau hiburan kerana bukan kepakaran saya, tetapi saya mahu
mengacarakan program berbentuk bual bicara yang serius, sebagai contoh seperti Malaysia Hari Ini
dan Wanita Hari Ini,” katanya.

Tambah Raja, walaupun ramai pendatang baharu, tetapi dia tahu dirinya mampu menggalas tanggungjawab baru apatah lagi sikapnya yang sangat menitikberatkan soal ‘research’ dan teliti dalam menguruskan kerja seni.

Mengidolakan pengacara popular Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman, Raja turut berharap menerusi pengacaraan televisyen beliau dapat memberi ilmu kepada penonton.

“Saya suka mengupas isu atau topik yang memerlukan saya membuat kajian, kemudian ada panel-panel yang mengulas juga. Secara tidak langsung saya dapat memberi ilmu kepada penonton. Alangkah seronoknya jika peluang itu (mengacara TV) benar-benar dapat dicapai,”ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pengalamannya sepanjang menggalas tugas sebagai pengacara, Raja akui, tahun 2024 menyaksikan pencapaian luar biasa untuknya.

Menurut Raja, dia tidak sangka rezeki yang datang sepanjang tahun 2024 lebih empat kali ganda
berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi. Semua kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa sokongan
klien, rakan-rakan, keluarga dan juga pekerja saya. Tetapi untuk sampai ke tahap ini pun bukan mudah. Saya mula menapak pada usia 20 tahun dan ketika itu saya mencari identiti sendiri dalam bidang pengacaraan.

“Cabaran demi cabaran ditempuh, termasuk menukar pakaian di masjid dan surau serta menaiki bas
dengan berpakaian rasmi untuk ke majlis. Pengorbanan tersebut akhirnya berbaloi apabila berjaya
mendapatkan tempat apatah lagi di kalangan VIP dalam masa tujuh tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya