Wakil peguam Az Zahra mohon lanjut tempoh permohonan maaf - Utusan Malaysia

Wakil peguam Az Zahra mohon lanjut tempoh permohonan maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Peguam yang mewakili bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir, iaitu Az Zahra Ahmad, telah memohon penangguhan tempoh permohonan maaf terhadap pelakon itu atas dakwaan yang dianggap berunsur fitnah.

Menurut surat balas yang dikeluarkan oleh firma guaman Tetuan Aida Zainuddin & Co, pihak peguam Az Zahra memohon lanjutan tempoh selama 14 hari.

Bagaimanapun, pihak Jay hanya bersetuju memberikan lanjutan tempoh selama 10 hari daripada tarikh penerimaan surat, iaitu pada 24 Disember 2024.

“Pihak kami mengambil maklum keberadaan dan kekangan masa pihak Puan yang mengendalikan kes ini.

“Walau bagaimanapun, arahan daripada anak guam kami adalah untuk bersetuju dengan tempoh sepuluh (10) hari sahaja daripada tarikh 24 Disember 2024,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Az Zahra mengesahkan telah menerima surat tuntutan undang-undang (LOD) daripada wakil peguam Jay.

Namun, pihaknya menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat sebelum ini bukanlah satu fitnah.

Berdasarkan tuntutan tersebut, Az Zahra dikehendaki membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari bermula dari 19 Disember 2024.

Tuntutan ini berkait dengan kenyataan Az Zahra yang mendakwa dirinya sebagai mangsa keganasan rumah tangga semasa perkahwinannya dengan Jay.

Untuk rekod, Jay dan Az Zahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022. Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya