Teringat arwah ibu, Kilafairy hampir batal menyanyi di pentas Udit - Izara Aisyah - Utusan Malaysia

Teringat arwah ibu, Kilafairy hampir batal menyanyi di pentas Udit – Izara Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Izara Aishah, mendedahkan, rakan baiknya, Kilafairy, hampir sahaja membatalkan persembahannya di konsert artis terkemuka, Udit Narayan, ketika ikon muzik Bollywood tersebut menjayakan konsertnya di ibu negara, kelmarin,

Menurut Izara, Kilafairy dihimpit perasaan rindu terhadap Allahyarham ibunya, penyanyi, Rohana Jalil, sebelum memulakan persembahan di pentas berkenaan.

“Dia membesar dengan lagu-lagu beliau bersama ibunya. Salah satu sebab dia hampir batalkan untuk berada di pentas sebab dia beritahu saya yang dia tak boleh buat tanpa ibunya.

“Saya tak tahu nak beri reaksi apa. Sayang awak selalu,” kongsi Izara Aishah.

Rata-rata netizen di ruang komen turut berkongsi luahan sama kehilangan ibu bapa tercinta dan mula berasa sebak apabila mendengar lagu-lagu hindustan daripada Udit Narayan.

“Lagu hindi dulu-dulu buat kita teringat memori bersama keluarga, dulu waktu saya kecil kami sekeluarga selalu lepak depan TV tengok filem hindi. Sekarang dengar lagu hindi, hati macam kena hiris jadi sebak rindu kenangan bersama keluarga.

“Sama aku zaman-zaman dulu punya hindustan. kalau dengar lagi hindustan lama. Teringat arwah mak dan arwah ayah… terkenang dulu-dulu.

“Bukan Kila saja menangis, kalau saya pun menangis teruk. Duk fyp lagu-lagu Hindustan pun menangis teruk macam kena pukul. Inikan pula konsert depan mata,” komen netizen.

Untuk info, Kilafairy dan Syamel membuat persembahan pembukaan sebagai penyanyi jemputan di konsert Udit Narayan Live In Malaysia yang berlangsung di Mega Star Arena KL pada Sabtu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya