Tak salah pun lelaki pakai wangian wanita - Jamal Abdillah - Utusan Malaysia

Tak salah pun lelaki pakai wangian wanita – Jamal Abdillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, mendedahkan, dirinya merupakan penggemar wangian kaum wanita berbanding lelaki dengan kini mempunyai ratusan botol wangian tersebut dalam koleksinya.

Menurut Jamal, meskipun mungkin ada pihak yang bersikap skeptikal dengan apa yang digemarinya, namun bagi Raja Pop ini, tidak ada kesalahan seandainya kaum lelaki suka menggunakan wangian wanita.

“Saya merupakan pengumpul minyak wangi dan kalau nak tahu, saya juga pengguna minyak wangi wanita. Saya suka bauan wanita dan banyak koleksi minyak wangi wanita.

“Bauan wanita ini saya perasan tahan lebih lama sebab itu wangian lelaki memang saya kurang pakai sebab kebiasaanya wangian lelaki agak kuat baunya.

“Pada saya tak salah pun kaum lelaki pakai minyak wangi wanita. Kalau saya pakai, mesti orang tegur wangi minyak wangi saya. Sekarang saya ada seratus lebih wangian dalam koleksi,”katanya,

Jamal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran wangian Verlune by Datuk Jamal di ibu negara, baru-baru ini.

Sementara itu, Jamal berkata, wangian Verlune merupakan hasil rekaannya yang diilhamkan menerusi cinta dan pengabdiannya kepada isteri tercinta, Datin Zai Izzati.

Kata Jamal, Verlune terhasil atas dasar dedikasi tulus dari hati Jamal kepada isterinya yang menandakan satu kejayaan dalam perkahwinan mereka.

“Verlune membawa maksud bulan di dalam bahasa Perancis. Melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta kepada isteri yang menjadi tulang belakang dalam setiap kejayaan yang dikecapi.

“Bulan mencerminkan ketenangan dan kestabilan yang saya alami sendiri di tengah-tengah kerumitan serta ujian dalam kehidupan profesional saya sebagai seorang penyanyi.

“Boleh dikatakan bulan yang saya maksudkan itu ialah isteri tercinta saya iaitu Datin Zai
Izzati. Malah maksud Verlune itu sendiri melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya