Syafie Naswip reda tiada rezeki timang anak

Syafie Naswip reda tiada rezeki timang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Syafie Naswip, 32, mengakui reda tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertamanya apabila isterinya, Nur Afiqah, mengalami keguguran pada Ogos lalu.

Menurut Syafie atau nama sebenarnya, Muhammad Syafie Naswip dia bagaimanapun telah menamakan anaknya itu dengan Muhammad Eshal.

“Selamat ulang tahun pertama. Ini adalah permulaan bagi banyak lagi memori indah. Empat bulan lalu, Al-Fatihah kepada Muhammad Eshal,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi hantaran itu, Syafie turut memuat naik foto memaparkan imbasan ultrasound yang memperlihatkan janin dalam kandungan isterinya itu.

Meskipun hanya seketika, Syafie memberitahu dia dan isterinya tetap merasai nikmat kehadiran janin berkenaan.

Malah, pasangan menganggap tahun ini merupakan tahun terindah buat mereka.

“Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah di tahun 2024,” ujarnya.

Untuk rekod, Syafie mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah pada 23 Disember tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN