KUALA LUMPUR : Kontroversi membabitkan pelakon Park Sung Hoon menerusi watak seorang lelaki transgender dalam drama bersiri popular Netflix, Squid Game 2, menyebabkan pengarahnya, Hwang Dong Hyuk tampil berkongsi pendapat mengenai bakat aktor itu.
Menurut Hwang, dia yakin telah membuat keputusan tepat memilih Park untuk watak Hyun Ju kerana percaya pada kebolehan dan bakat aktor itu.
“Pada awalnya, kami sedang menjalankan kajian, dan saya terfikir untuk membuat mewujudkan satu watak transgender dalam drama Squid Game 2.
“Ketika kami membuat kajian di Korea, hampir tiada pelakon yang secara terbuka merupakan seorang transgender. Dalam masyarakat Korea, komuniti LGBTQ masih agak terpinggir dan ia merupakan satu isu sentisif.
“Bagaimanapun saya berani mengambil jalan ini untuk meneroka watak ini menerusi penghasilan drama musim terbaharu. Saya lihat Park ada bakat dan mampu membawakannya dengan baik,”katanya.
Sejak tayangan perdana musim ini, terdapat banyak reaksi positif terhadap lakonan Park menerusi watak Hyun Ju.
“Ini tweet penghargaan buat Park Sung Hoon kerana memainkan peranan ini dengan begitu anggun dan menonjol sebagai yang paling berani dan terbaik. Gadisku, kamu sangat disayangi,”tulis seorang peminat.
“Pemain 120 adalah kegemaran saya dalam ‘Squid Game 2’. Dia sebenarnya mencipta latar belakang dan perkembangan watak yang baik untuknya dan Park Sung Hoon menggambarkannya dengan berkesan, seperti yang dijangka,”kata seorang lagi peminat di media sosial.
Terdahulu, pemilihan Park sebagai Hyun Ju iaitu seorang transgender dalam drama Squid Game 2 mendapat ktitikan dan pujian dalam masa yang sama oleh peminat naskhah berkenaan.
Watak Hyun Ju dipaparkan sebagai seorang transgender yang bertanding dalam permainan maut itu untuk membiayai pembedahan pengesahan jantinanya.
Park sebelum ini cukuo terkenal menerusi siri ‘The Glory’ dan ‘Queen of Tears’.