Selamat lahirkan putera sulung, Syasya Rizal kini bergelar ibu - Utusan Malaysia

Selamat lahirkan putera sulung, Syasya Rizal kini bergelar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah hospital swasta, semalam.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syasya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menurut Syasya, kehadiran cahaya mata lelaki ini disifatkan sebagai anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT.

“Pada permulaan tahun ini, saya mohon kepada Allah untuk hidup dipenuhi cinta dan tujuan. Sebagai gantinya, inilah pengakhiran kami pada tahun ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syasya turut memaklumkan dia dan suami telah sepakat untuk menamakan anak pertama mereka itu Muhammad Yassir Hayyan.

“Alhamdulillah, berkat dan amanah untuk mama dan baba. Muhammad Yassir Hayyan,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Syasya turut berkongsi sepotong video yang memaparkan suaminya Nasrullah Mohd. Sapie sedang mendukung dan mengazankan bayi yang dibalut dengan kain berwarna biru.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syasya dan bayi sentiasa berada dalam keadaan baik.

Malah, rakan-rakan artis juga turut menitipkan ucapan tahniah termasuk anggota kumpulan Dolla.

Antara rakan artis yang turut memberi ucapan tahniah termasuk Imran Aqil, Yazmin Aziz, Jihan Muse, Bella Khan dan Fieya Julia.

Terdahulu, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.

Pada September lalu, Syasya berkongsi khabar gembira mengesahkan sedang hamil cahaya mata pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya