Saya yang didera, dipukul, bukan anak-anak - Ibu Nelissa Nizam - Utusan Malaysia

Saya yang didera, dipukul, bukan anak-anak – Ibu Nelissa Nizam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ibu kepada pelakon, Nelissa Nizam, Ayu Manaf, menafikan anak-anaknya termasuk aktres itu telah menjadi mangsa penderaan sejak dari kecil sehingga menyebabkan mereka membesar dalam keadaan trauma.

Menurut Ayu, kenyataan tersebut tidak benar dan saban hari menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak mengenai perkara tersebut.

Enggan salah faham tersebut berlarutan, Ayu memberitahu, dia perlu menjelaskannya kepada umum sebelum lebih ramai ‘percaya’ mengenai perkara tersebut.

“Kenyataan yang mengatakan dia (Nelissa) didera sejak umur 6 tahun itu memang tidak benar langsung. Tak ada sebarang kes penderaan yang berlaku sampailah dia dewasa.

“Sebenarnya yang didera itu saya, dipukul dan disepak terajang. Sebagai anak memang dia trauma melihat ibu diperlakukan seperti itu,” katanya.

Ayu berkata demikian dalam satu temu bual program hiburan di televisyen swasta tempatan, semalam.

Ia bagi mengulas mengenai kenyataan Nelissa sebelum ini yang mendakwa ketika zaman remajanya, dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu, Ayu mengakui hubungannya bersama anak-anak juga renggang dan tidak mengetahui punca ia berlaku.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan perkahwinan baharunya kurang disenangi mereka.

Malah selepas dia berkahwin dan tidak lagi bekerja, Ayu mendakwa anak-anak juga sudah tidak mempedulikan dirinya.

“Hubungan saya dan anak-anak tidak berapa baik dan saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan saya kahwin baru jadi anak-anak tak suka dan mereka tak pedulikan saya.

“Saya sendiri terfikir kenapa anak-anak saya macam ini? Apa salah saya? Mungkin sejak saya sakit, saya tak bekerja dan susah.

“Kalau ada salah saya beritahu, kenapa membuatkan anak-anak menjauhi saya. Kita ini sebagai ibu sudah tentu mahu anak-anak ada bersama,” katanya.

Jelas Ayu lagi, dia juga bukan mahu mengungkit pengorbanan dilakukan sebagai ibu, namun
mengakui terkilan apabila anak-anak tidak datang melawat semasa dia dimasukkan ke hospital.

“Bila hubungan dah jadi begitu (renggang), anak-anak sudah senang sekarang mereka biarkan mak begitu sahaja. Saya agak ralat juga.

“Semua ibu sayang anak-anaknya. Kita ini sanggup buat apa sahaja untuk anak. Kita tak minta balasan tetapi berharap satu hari nanti kita boleh harapkan anak-anak kita.

“Saya ini sudah seperti mengemis, mengemis kasih sayang dan kesenangan. Saya masuk hospital setidaknya anak-anak tanya khabar sebab kita sakit,” ujarnya.

Lebih membuatkan Ayu terkilan apabila kali terakhir dia menghubungi Nelissa, aktres berkenaan tidak memberikan respons yang baik.

“Kali terakhir saya bercakap dengan dia memang sangat menyedihkan.Dengan siapa lagi kalau kita susah nak minta tolong kalau bukan dengan anak-anak.

“Tak mengapa mama (panggilan Ayu) tak marah, cuma mama doakan satu hari nanti awak semua akan ada suami dan anak-anak, awak semua akan tahulah kehidupan ini macam mana,” katanya.

Sebelum ini, Nelissa mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil.

Nelissa memberitahu dia tidak malu berkongsi pengalaman pahitnya itu secara terbuka.

Malah, fokusnya kini adalah kembali bangkit dari masa lampau dan berusaha untuk mengubah nasibnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya