Saya bukan seorang yang kejam - Idzham Ismail - Utusan Malaysia

Saya bukan seorang yang kejam – Idzham Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Idzham Ismail mendedahkan, dia tidak pernah menghalang bekas isterinya, Siti Nur Abilah daripada bertemu anak-anak mereka.

Menurut Idzham atau nama sebenarnya Muhammad Idzham Ismail, 36, meskipun sudah berpisah, sebagai seorang bapa tentunya dia tidak mahu hubungan anak beranak itu terputus dengan ibu mereka.

“Masih (bekas isteri berjumpa anak-anak) saya bukan seorang yang kejam untuk menghalang anak saya dari berjumpa dengan mak dia. Jadi masih jumpa,” katanya di Instastory,semalam.

Idzham berkongsi perkara itu selepas mendapat pertanyaan netizen mengenai hubungan bekas isterinya bersama anak-anak mereka.

Namun ketika netizen bertanya punca penceraian mereka, Idzham memilih untuk tidak menjawab perkara tersebut.

Malah sehingga kini punca penceraian mereka masih menjadi tanda tanya netizen memandangkan pasangan berkenaan dilihat cukup bahagia sebelum ini.

Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Abilah pada Ogos 2016 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4 tahun.

Pada 4 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham terhadap Abilah pada awal Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya