Misha Omar sokong bakat anak - Utusan Malaysia

Misha Omar sokong bakat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sedar bahawa anak lelakinya, Idris Ezzawa, menjadi tular di media sosial gara-gara keletah comelnya membuka pentas Showcase Misha Back To Basic pada 21 Disember lalu, penyanyi, Misha Omar bagaimanapun mengakui tidak mempergunakan Idris sebagai satu bahan gimik.

Menurut Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 42, sebaliknya keputusan melibatkan Idris di pentas itu sekadar mahu menyokong bakat anaknya.

“Kak Mitch (panggilan Misha) mohon jasa baik, jangan menuding (bukan hanya Kak Mitch tapi rakan seperjuangan lain) apabila melakukan persembahan atau berlakon bersama anak sebagai ‘menjual’ mereka.

“Kita seharusnya menyokong dan meraikan kerana membenci hanya akan membunuh diri sendiri dalam diam,” katanya.

Misha berkongsi perkara itu menerusi hantaran foto memaparkan aksi Idris melakukan persembahan ketika showcase berkenaan di Instagram.

Dalam pada itu, Misha turut meluahkan rasa bangga melihat kejayaan Idris, 8, membuka tirai acara berkenaan sebagai hos cilik.

Kongsi Misha, dia terkenang kesungguhan anaknya itu berlatih setiap hari demi menampilkan aksi memukau di hadapan penonton.

“Idris mencetak sejarah pertama kali di hadapan peminat terlibat secara langsung pada Misha Omar Back To Basic Showcase tempoh hari.

“Mengenang kembali momen Idris berlatih dengan Dr Zizi membuat Kak Mitch senyum sendiri. Gigih dan penuh dedikasi kedua-duanya.

“Tanpa paksaan Idris berlatih sendiri. Apa yang kalian dengar keluar daripada mulutnya datang jujur dari hati,” jelasnya.

Sebelum ini, Misha menghiburkan 2,000 peminat menerusi showcase Misha Omar Back To Basic yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada 21 Disember lalu.

Untuk rekod, Misya mendirikan rumah tangga bersama juruterbang Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.

Selain Idris, Misya mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini bersia 18 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya