Michael Ang sindir pempengaruh bergaduh macam budak-budak - Utusan Malaysia

Michael Ang sindir pempengaruh bergaduh macam budak-budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit dan pengarah terkemuka tanah air, Michael Ang menyelar sikap pempengaruh yang membuka aib dan berbalas kenyataan di media sosial berhubung isu rumah tangga dan perceraian mereka.

Menurut Michael, tindakan pempengaruh media sosial tersebut seakan tidak menyimpan rasa malu apabila memaparkan sikap masing-masing yang diumpamakan seperti kanak-kanak.

“Apa punya bodoh manusia bergaduh macam budak-budak. Satu Malaysia sibuk pasal banjir dia boleh minta pulangkan hidung dan kereta balik!”katanya menerusi hantaran di Instagram.

Selain iti, kata Michael, dia mencadangkan pasangan tersebut agar menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka di mahkamah termasuk urusan tuntutan harta.

“Apa-apa pergilah selesaikan di mahkamah mengenai harta. Lepas itu muat naik gambar-gambar aib sebelum dan selepas buat pembedahan plastik satu badan dan muka!

“Tak baik dik! Tiba tiba teringat iklan China yang mamat saman bini dia bermuka cantik tapi lahir anak muka nampak lain rupanya bini dia buruk dulu tapi buat pembedahan plastik pada muka! Tak baik tak baik,”katanya.

Menjengah ke ruangan komen, meskipun Michael tidak memetik nama mana-mana individu tetapi kenyataan pengarah itu dilihat mempunyai kaitan dengan senario yang membabitkan dua pempengaruh yang baru bercerai baru-baru ini.

Sebelum ini, kecoh di media sosial usahawan dan pempengaruh Cik Epal meminta bekas suaminya, Jofliam menjual kereta mewah miliknya dan membahagikan hasil jualan itu kepada dua bahagian secara sama rata.

Bagaimanapun, Jofliam berkata dia hanya akan berbuat demikian sekiranya Cik Epal ‘mengembalikan hidungnya’ telah membuatkan pempengaruh itu berang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya