Memang menggigil nak lawan - Hattan - Utusan Malaysia

Memang menggigil nak lawan – Hattan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Hattan, mengakui, bukan mudah untuk dirinya melawan nafsu untuk berhenti merokok apa lagi perbuatan tidak sihat tersebut telah menjadi amalannya sejak di usia remaja.

Menurut Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 59, kesedaran untuk meninggalkan tabiat buruk itu bagaimanapun muncul apabila Allahyarham adiknya, Mohd Hatta, meninggal dunia pada April lalu.

“Saya berhenti merokok sejak kematian adik pada April lalu dan Alhamdulilah sejak hari ini berjaya lakukannya.Tetapi tak dinafikan, dua minggu pertama berhenti tu memang menggigil nak lawan tapi sekarang sudah okey.

“Adik saya kuat hisap rokok, boleh dikatakan berkotak-kotak setiap hari. Cuma, bukanlah saya katakan punca dia meninggal sebab rokok, namun saya tiap-tiap hari doa untuk berhenti merokok selepas adik meninggal.

“Kesan yang saya rasa selepas berhenti, kadang-kadang ada rasa nak marah sahaja tapi selera makan memang bertambah sampaikan berat badan saya naik 4 kilogram,” katanya.

Hattan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Hitam Manis di Restoran Saloma, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Hattan juga menyedari dirinya kini lebih selesa untuk membuat persembahan nyanyian selepas berhenti merokok.

“Bila menyanyi dapat kawal pernafasan dengan baik dan dapat nyanyi lagu bernada tinggi jadi memang seronok dan selesa.

“Sebelum ini kalau merokok ada kahak di bahagian tekak,” ujarnya.

Sementara itu, berkenaan konsert, selain Hattan, antara artis yang bakal menghangatkan konsert Hitam Manis adalah, Black Hanifah dan Hazama.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Febuari depan ini juga bakal menyajikan persembahan hebat dan istimewa buat penonton yang hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya