KUALA LUMPUR: Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), akan menjadi saksi kepada acara istimewa, Malam Silaturahim yang dianjurkan oleh HS Event & Entertainment Sdn. Bhd.
Acara ini bertujuan mengumpulkan 12 legenda seni tanah air untuk persembahan penuh nostalgia, sambil memperkenalkan inisiatif amal bagi membantu penggiat seni dan rakan media yang memerlukan.
Antara artis ternama yang bakal membuat persembahan termasuk Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova, dan Noorshila Amin.
Sementara, individu-individu penting seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri akan turut diberi penghormatan atas sumbangan besar mereka dalam industri seni.
Menurut penganjur, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, acara ini bertujuan untuk mempererat hubungan dalam kalangan penggiat seni serta menghargai jasa mereka. Lebih dari sekadar hiburan, ia menjadi platform untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Sumbangan khas berupa wang tunai akan diberikan kepada 20 penerima termasuk artis veteran seperti Syah Nizam Ahmad Shamsi (Along Jinbara), Salim Ibrahim (Dr. Sam), dan Muhammad Yunus Abdul Rashid (Ebby Yus).
Menurut penganjur program, Datin Hjh Rosmariza Dato Hj Che Umar, menjelaskan bahawa acara ini bertujuan untuk mempererat hubungan penggiat seni, sambil menghargai jasa mereka, .
“Artis ternama seperti Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, dan Noorshila Amin akan membuat persembahan, sementara tokoh-tokoh penting seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri akan dihormati atas sumbangan besar mereka kepada industri seni.” katanya ketika sidang media bagi Malam Silaturahim di Restoran Saloma Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang.
Harga tiket konsert bermula serendah RM150.00 dan boleh didapati mulai 27 November 2024.
Program yang diadakan di Stadium Merdeka ini, mampu menampung sehingga 1,500 penonton, turut merangkumi jamuan makan malam sebelum konsert berlangsung.
Datin Rosmariza juga berharap acara ini dapat mengubah tradisi pemberian sumbangan yang biasanya dilakukan menjelang Ramadan dan Hari Raya, menjadi inisiatif berterusan sepanjang tahun sambil menyatukan insan seni tanah air sebagai penghormatan atas sumbangan mereka kepada budaya dan hiburan negara.