Lepaskan, jangan zalimi saya - Diana Danielle

Lepaskan, jangan zalimi saya – Diana Danielle anggap Farid Kamil memualkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyifatkan tindakan suami, Farid Kamil, memanjangkan prosiding tuntutan perceraian sebagai memualkan.

Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, dia sudah memberi peluang kepada suami untuk memperbaiki rumah tangga, namun kesempatan itu disia-siakan.

“Dia tidak berpijak di bumi nyata. Tiada apa lagi untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk berdamai dan perbaiki diri? Tetapi dia gagal melakukannya.

“Jadi, adakah saya perlu terus berharap? Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua.

“Benda ini tidak akan kemana-mana kerana hati saya sudah bulat mahukan perceriaan ini berlaku,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin.

Sementara itu, pelakon Imaginur itu juga menegaskan perkahwinannya dengan Farid sudah dihujung tanduk dan berharap suaminya itu bersikap adil dengan menceraikannya.

“Tiada alasan dan percubaan lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan dan jangan zalimi saya lagi.

“Saya akan hadir ke mahkamah dan mendapatkan apa yang saya mahu iaitu perceraian. Ceraikanlah saya. Itu sahaja.

“Saya terima semua ini, tetapi kenapa dia mahu lakukan cara ini? Jangan terus tambah dosa.

“Benda sudah tidak lagi berjalan dengan baik, berlaku adillah antara satu sama lain,” tambahnya.

Terdahulu, semasa tuntutan pertama prosiding perceraian, pelakon Farid Kamil enggan menceraikan isterinya, Diana Danielle menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memerintahkan pasangan selebriti itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 24 Mac hadapan untuk sebutan semula kes dan laporan JKP daripada kedua-dua pasangan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya