Konsert Rentasmasa "Satu Evolusi Muzik" ditunda ke 31 Januari 2025 - Utusan Malaysia

Konsert Rentasmasa “Satu Evolusi Muzik” ditunda ke 31 Januari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Petaling Jaya – TGJ Entertainment mengumumkan penangguhan Konsert Rentasmasa “Satu Evolusi Muzik,” yang asalnya dijadualkan pada 31 Disember 2024, ke 31 Januari 2025 (Jumaat) di ZEPP, Kuala Lumpur.

Perubahan ini dibuat susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri serta amaran gelombang kedua banjir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pihak penganjur bersama barisan artis telah sepakat menangguhkan konsert ini sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa banjir.

Dalam masa sama, Skuad Rentas Masa, dengan kerjasama Wings Motor Gang Society (WMGS), telah melancarkan misi bantuan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Konsert yang bakal berlangsung di ZEPP, Kuala Lumpur ini akan menampilkan persembahan istimewa daripada Ziana Zain, Dato’ DJ Dave, Datuk Jeffrydin, dan Dato’ Awie.

Tiket kini dijual bermula dari RM158 hingga RM7,777, tidak termasuk caj perkhidmatan dan perbankan. Tempahan boleh dibuat melalui www.ilassotickets.com.

Penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku akibat penangguhan ini dan akan memberikan maklumat terkini dari masa ke masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya