Konsert Galau The Finale tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Usher, Exists - Utusan Malaysia

Konsert Galau The Finale tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Usher, Exists

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas mencipta kejayaan besar dengan penjualan tiket habis terjual pada tahun lalu, SAH Entertainment teruja mengumumkan sekuel Konsert Galau anjuran mereka.

Bagi edisi kali ini, pihak penganjur bakal menampilkan sebuah konsert yang lebih menarik dan
menamakannya sebagai Konsert Galau The Finale.

Konsert itu akan berlangsung pada 22 Februari 2025 di Arena @ EXPO dan menjanjikan malam yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan daripada beberapa nama besar dalam industri muzik Indonesia dan Malaysia.

Menerajui barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu ialah kumpulan Ungu dan disokong oleh suara kesayangan ramai Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists.

Menurut Pengarah Urusan Sah Entertainment iaitu Sufi Rashid, konsert yang bakal dianjurkan itu akan mencipta satu lagi detik bersejarah di Singapura.

Tambah Sufi disebabkan kejayaan Konsert Galau pada tahun lalu dia dan pihak produksi akan meningkatkan usaha untuk memberikan yang terbaik dan menjanjikan pengalaman luar biasa bagi mereka yang hadir bagi edisi kali ini.

“Pada Disember 2023, SAH Entertainment berjaya mencipta sejarah dengan menganjurkan Konsert Galau yang pertama dan terbesar di Singapura.

“Persembahan pada malam itu memang tidak dapat dilupakan, sehingga mereka yang hadir masih mengingati momen-momen ketika konsert berlangsung dan bagi saya itu salah satu konsert yang sangat memberangsangkan.

“Kali ini pihak kami akan tampilkan sekuel yang ditunggu-tunggu dan akan berikan yang terbaik buat mereka yang hadir untuk Konsert Galau The Finale,” katanya.

Dalam pada itu, Sufi berkata, barisan artis yang dipilih untuk Konsert Galau The Finale
disusun melalui tinjauan dibuat menerusi komuniti SAHabats di Telegram.

“Sama seperti tahun lepas, barisan tahun ini disusun rapi dengan bantuan komuniti SAHabats setia kami di Telegram.

“Melalui tinjauan pendapat interaktif, mereka memilih artis yang paling mereka ingin lihat beraksi,” jelasnya.

Tiket boleh dibeli melalui laman sesawang SISTIC. Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket mereka lebih awal sebelum habis terjual.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: SAH Entertainment [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya