Jika sudah memudaratkan diri, kita kena bersuara, pertahankan diri - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Jika sudah memudaratkan diri, kita kena bersuara, pertahankan diri – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Terlibat dalam sebuah drama berintikan isu keganasan rumah tangga, pelakon, Mimi Lana, 29,bagaimanapun mengakui tidak berasa bimbang untuk melangkah ke alam perkahwinan seandainya jodoh sudah tiba.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya, MImi Rozaiana Zainal Abidin, secara peribadi, baginya setiap wanita itu melalui pengalaman yang berbeza-beza dalam kehidupan namun harus berani bersuara seandainya terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga.

“Saya rasa apabila kita berada dalam situasi itu, benda yang paling penting sebagai seorang perempuan ialah kita kena tahu had diri kita.

“Kita kena tahu bila waktunya untuk ‘say yes’ dan ‘say no’ bergantung pada situasi yang berlaku. Tapi kalau dah sampai memudaratkan diri sendiri, kita kena bersuara dan pertahankan diri.

“Jangan takut untuk bersuara dengan apa yang berlaku sebab kalau dah berlakunya keganasan dalam rumah tangga, perkara itu pasti akan melibatkan nyawa,”katanya.

Mimi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan eksklusif drama ‘Andai Tiada Dia’ yang diadakan di Dash Box Hotel, baru-baru ini.

Pun begitu, Mimi mengakui dalam banyaknya khabar cerita mengenai keganasan rumah tangga, ia bagaimanapun tidak meluputkan hasratnya untuk berkahwin suatu hari nanti.

“Tak adalah saya rasa takut nak kahwin sebab lain hubungan lain caranya kan?

“Saya berdoa bila saya berkahwin satu hari nanti mudah-mudahan Allah permudahkan dan tidak berlakunya perkara seperti itu. Bagaimanapun, tentang perancangan berkahwin itu, nanti saya akan beritahu jika sudah ada,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya