Jika hamil, saya risau lakon babak ganas - Amyra Rosli - Utusan Malaysia

Jika hamil, saya risau lakon babak ganas – Amyra Rosli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun masih bersedih, pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli, 33, mengakui reda dengan ‘kehilangan’ rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga susulan mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, sebagai umat Islam, dia berpegang kepada soal rezeki ketentuan Allah termasuk perancangan yang terbaik dari-Nya.

Ini kerana, kata Amyra, ketika sedang mengetahui dirinya hamil dengan kandungan berusia dua minggu, pada masa yang sama dia juga sedang melakukan persiapan untuk memasuki set penggambaran sebuah drama 20 episod arahan Zamri Zakaria.

“Allah sudah tentukan yang terbaik dan ia berlaku pada waktu yang betul. Sebab itu saya reda meskipun sedih. Saya sebenarnya agak risau sebab sudah ‘lock’ satu drama berat yang akan memulakan penggambaran dua hari lagi.

“Bila dapat tahu diri hamil, fikiran saya terganggu juga sebab takut tak boleh buat babak kasar dan ganas sebab dalam naskhah baharu ini memang ada.

“Ia antara lakonan saya dengan Datuk Adi Putra. Ada adegan tolak menolak, pendek kata memang ganas juga. Jadi saya risaulah,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelas Amyra, dia juga telah memaklumkan perkara itu kepada pihak produksi namun penglibatannya sebagai watak utama tetap dikekalkan.

“Cuma mereka ada cakap akan kurangkan babak bahaya itu. Tetapi saya pula yang macam tak syok pula jika hanya berikan lakonan yang ala kadar kepada pengarah dan penerbit.

“Dua-dua bagi saya adalah rezeki baik kehamilan dan drama. Tetapi bila Allah tarik rezeki nak timang anak ketiga ini saya anggap mungkin Dia lebih tahu. Saya positif sahaja.

“Pada masa yang sama, saya boleh fokus kepada dua anak sedia ada yang tentunya masih perlukan perhatian saya dan Amar. Tak mengapa mungkin pada masa akan datang, apabila kami dah bersedia Dia akan kurniakan rezeki anak lagi,” ujarnya.

Kelmarin, Amyra berkongsi bahawa dia mengalami keguguran sekali gus menyaksikan hasratnya dan suami untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.

Amyra dan Amar Baharin melangsungkan perkahwinan pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7 dan Ayra Aryssa yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya