Ini betul sahabat dunia akhirat, tolong bayar hutang Che Ta - kontraktor - Utusan Malaysia

Ini betul sahabat dunia akhirat, tolong bayar hutang Che Ta – kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kontraktor, BaNI Rahman, memuji tindakan mulia seorang rakan baik pelakon, Che Ta, Mohamad Anas Zahrin, yang dikatakan telah melunaskan bayaran hutang sebanyak RM7,000 yang sepatutnya dibayar selebriti tersebut kepadanya.

Menurut BaNI, hutang tersebut merujuk kepada kerja pemasangan rumput palsu di kediamannya dan sejak setahun lalu, pelakon tersebut gagal melunaskan bayaran kepadanya.

Berikutan bayaran telah dibuat Anas, BaNI kemudiannya bertindak memadam hantaran berhubung isu Che Ta gagal membayar hutang kepadanya di media sosial.

“Syukur alhamdulillah dia (Anas) dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka.

“Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa kawan macam ini, bukan senang nak dapat sahabat baik mcm ini.

“Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan dia,” katanya.

Dalam masa sama, BaNi turut berterima kasih dengan Anas dan memaklumkan bahawa wang tersebut digunakan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci.

“Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

“Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga Allah SWT jemput saya ke sana,” ujarnya.

Sebelum ini, BaNi mendakwa syarikatnya diupah oleh Che Ta untuk memasang rumput tiruan di kediamannya.

BaNi berkata, bagaimanapun dia sudah melakukan kerja asas sehinggalah sampai peringkat akhir mahu memasang rumput tiruan, namun terkejut apabila Che Ta memanggil syarikat lain untuk memasang rumput itu di rumahnya.

Difahamkan Che Ta memberi alasan rumput tiruan itu ditaja oleh syarikat terbabit, sekali gus permintaan BaNi Rahman mendapatkan upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka serta kos barang sudah digunakan tidak dilayan oleh Che Ta.

Dia kemudian bertindak meluahkan perasaan sedih dan kesal terhadap selebriti sensasi itu dalam media sosial, tetapi tidak menyangka apa yang dikongsi itu menjadi perhatian ramai sehingga tular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya