Gara-gara kejadian mistik, Bunga Isme rahsiakan perkahwinan - Utusan Malaysia

Gara-gara kejadian mistik, Bunga Isme rahsiakan perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Bunga Isme, mengakui, dia dan suami, komposer, Amzar Sabri, terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka sejak setahun lalu gara-gara berdepan dengan pelbagai kejadian mistik.

Menurut Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, perkara ini baharu didedahkannya kini kerana selama ini bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

“Memang benar, orang kata, kalau perkahwinan ini kita kena umumkan, kena uar-uarkan kepada semua bagi mengelak fitnah dan sebagainya. Tetapi, sebenarnya, saya dan suami melalui fasa mistik yang sukar untuk diungkapkan.

“Pada awalnya, saya pun tak tahu adakah ini memang ada orang ‘buat’ atau ia secara kebetulan. Saya ini bukan jenis percaya benda-benda begitu seratus peratus. Saya tahu ia wujud, tetapi ia lebih meyakinkan apabila berlakunya beberapa hal pelik selepas saya berkahwin yang membuatkan saya tidak boleh menidakkannya,”katanya.

Bunga berkata demikian dalam satu temu bual di ruangan pod cast Sembang Seram kendalian Safwan Nazri, kelmarin.

Selain itu, kongsi Bunga, sebelum kejadian, dia sama seperti mana-mana pasangan lain yang mahu merancang mengadakan sebuah majlis perkahwinan idaman namun terpaksa mengenepikan hasrat tersebut setelah melalui pengalaman mistik.

“Saya terpaksa beritahu pihak media yang kami nak buat kecil-kecilan kerana mahu menghormati privasi kedua-dua belah keluarga. Tetapi sebenarnya, ada perkara tak menarik yang terjadi. Betul juga apa yang orang cakap, kalau bahagia itu jangan terlalu banyak sangat dipaparkan.

“Sebab kita tak mahu ada penyakit ain, hasad dengki atau sebagainya. Bayangkan, ada petanda awal, bila mana tiga ekor kucing saya mati dalam masa terdekat tanpa doktor tahu apa puncanya. Ada kawan yang boleh ‘tengok’, dia beritahu yang saya ini sudah terkena perkara mistik.

“Jadi, saya tahu, disebabkan itu, saya tak boleh nak umum mengenai perkahwinan saya sebagai satu daripada cara untuk kami jaga keselamatan kami.

“Sebelum itu, saya juga pernah mimpi seakan benar-benar terasa seperti hendak mati. Saya berada di dalam hutan gelap dan dikejar sesuatu yang tidak tahu apakah ia. Saya sempat mengucap dua kalimah syahadah. Mimpi itu membuatkan saya tidur pun tak tenang,” ujarnya.

Oktober lalu, Bunga mendedahkan kepada pihak media bahawa dia dan Amzar telah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas.

Sebelum itu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal.

Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka sudah sah bergelar suami isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya